Kes Homoseksual

product 1

Gejala hubungan homoseksual boleh dikategorikan sebagai penyakit mental. Ia juga antara...

Kes Pergaulan Bebas

product 1

Akibat pergaulan bebas, seramai 768 remaja seawal usia 13 tahun, melahirkan anak yang...

Kes Mat Rempit

product 1

Penduduk Gombak dihantui kebimbangan berikutan kegiatan sekumpulan Mat Rempit yang...

ROGOL!!!

GelajaKini | 06:05 | 0 comments


Rogol atau pencabulan adalah serangan seksual yang dianggap oleh kebanyakan orang sebagai jenayah yang sangat serius. Ia merupakan serangan serius dan yang merosakkan terhadap seseorang atau sekumpulan orang, tetapi dalam penggunaan sehari-harian, istilah tersebut adalah mengenai serangan seksual dan ia dilakukan apabila seseorang itu memasukkan sesuatu, secara seksual, mana-mana bahagian badannya, atau apa-apa alat yang lain, ke dalam alat kelamin wanita atau lubang dubur, tanpa mendapat persetujuan.

Maksud asal iaitu rogol sebagai perbuatan "bersetubuh melalui kemaluan wanita atau lubang dubur tanpa persetujuan" diubah kepada "memasukkan kemaluan lelaki ke dalam kemaluan wanita, lubang dubur atau mulut seseorang yang lain".

Seseorang lelaki itu di kira melakukan rogol jika ia bersetubuh dengan seseorang perempuan dalam keadaan yang termasuk dalam lima perkara berikut:
  • Bertentangan dengan kemahuan perempuan tersebut.
  • Dengan tiada kerelaan perempuan itu.
  • Dengan kerelaan perempuan itu manakala kerelaannya telah didapati dengan mendatangkan kepadanya ketakutan bahawa pembunuhan/cedera akan berlaku.
  • Dengan kerelaan perempuan itu manakala lelaki itu ketahui bahawa ia bukannya suaminya dan kerelaan itu diberi kerana perempuan itu percaya lelaki itu ialah seorang lelaki yang menjadi atau yang ia percaya menjadi suaminya yang sah di sisi undang-undang. Sama ada dengan kerelaan perempuan itu atau tidak jika perempuan itu dibawah umur ( 18 tahun ke bawah)

Walaupun jenayah ini tidak seakan dengan pembunuhan manusia, ia adalah perkosaan yang paling serius ke atas seseorang. Ia juga merupakan jenayah yang kejam dan begitu zalim kerana biasanya, ia melibatkan penggunaan kuasa ataupun penggugutan untuk mengatasi kemahuan dan keupayaan mangsa menentang. Rogol sering diiringi oleh kecederaan fizikal kepada mangsa perempuan, dan juga boleh mengakibatkan kecederaan-kecederaan mental dan psikologi. Oleh sebab ia memusnahkan rasa keselamatan masyarakat, ia juga mencederakan orang ramai.

Seiringan dengan bentuk-bentuk serangan seksual yang lain, ia merupakan suatu perbuatan yang tidak bermaruah terhadap seseorang yang tidak boleh diperbaiki dengan sempurna, dan yang merendahkan kemanusiaan. Kesalahan merogol boleh dikenakan hukuman maksimum penjara seumur hidup berbeza dengan hukuman penjara 10 tahun bagi kesalahan serangan seksual di bawah statut ini, dan yang dahulunya dikenali sebagai perbuatan tidak bermoral.


FAKTA- FAKTA TENTANG ROGOL

Sesiapa saja boleh dirogol. Mangsa-mangsa termasuk wanita, kanak-kanak perempuan atau lelaki, bayi, nenek dan remaja. Rogol satu unsur keganasan yang sangat melampau.

Mangsa rogol tidak seharusnya dipersalahkan. Tiada siapa yang mahu kehormatannya dicabuli. Kebanyakkan perogol tidak mengunakan senjata untuk merogol mangsanya. Ugutan, paksaan fizikal dan emosi adalah cara yang selalu digunakan oleh perogol ke atas mangsa. Jika anda berkata tidak dan seseorang memaksa anda melakukan hubungan seks, itu adalah rogol. Kebiasaannya perogol sudah merancang dengan rapi untuk merogol mangsa. Rogol adalah salah dari sisi agama, moral dan undang-undang.

Rogol tidak lagi menjadi masalah kepada wanita, keluarga atau masyarakat sahaja sebaliknya menjadi masalah negara. Kajian menunjukkan majoriti mangsa keganasan seks adalah wanita dan kanak-kanak perempuan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan 36 hingga 62 peratus mangsa keganasan seks ini terdiri daripada mereka yang berumur di bawah 15 tahun.

Rogol berlaku di seluruh dunia tanpa mengira bangsa, etnik, status ekonomi, agama dan kebudayaan. Kebanyakan keganasan seks dan fizikal serta penderaan psikologi dan emosi dilakukan secara tersembunyi dan terselindung daripada mata masyarakat. Ini menyebabkan kes-kes keganasan atau penderaan sukar dibuktikan di mahkamah dan tidak mendapat pembelaan.

Banyak aspek yang perlu diberi perhatian bagi menyelidiki punca rogol. Dalam hal ini, profil penjenayah mesti diselidiki supaya pihak berkuasa mendapat gambaran lengkap mengenai watak dan jangkaan latar belakang perogol. Profil mangsa rogol juga boleh menjadi data untuk analisis jenis perwatakan, umur dan tingkah laku.

Kebanyakan mangsa rogol tidak melaporkan rogol kerana mangsa merasa malu dan hina masyarakat sekeliling memandang serong dan menyalahkan mangsa tidak sanggup untuk melalui prosedur untuk mendapatkan keadilan kerana mengambil masa yang lama takut perkara itu mendapat publisiti media masa tidak mahu memalukan ahli keluarga.


FAKTOR-FAKTOR

Media Massa

Pengaruh modenisasi dan globalisasi in lebih terasa dan ketara dengan bantuan berbagai alat media-massa yang serba canggih dan moden. Media massa merupakan sumber maklumat yang cukup berkesan dalam penyebaran berbagai informasi. Melalui teknologi yang semakincanggih ini, golongan belia dan remaja sangat mudah terdedah kepada banyak maklumat, namun tidak semua maklumat- maklumat itu sesuai untuk kesemua peringkat umur. Ini menjadi masalah kerana lazimnya golongan belia mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling mereka. Paparan adegan-adegan negatif dari filem barat menimbulkan perasaan ingin tahu dan ingin cuba sendiri mengikut apa yang ditonton. Contohnya adegan-adegan filem barat yang sentiasa menimbulkan keghairahan apabila menonton.


Internet

Teknologi Informasi dan Komunikasi (ICT) juga turut menyumbang kepada pemaparan gejala-gejala negatif selain peranannya yang begitu penting bagi kemajuan sesebuah bangsa dan negara. Melalui internet umpamanya, masyarakat yang berfikiran kurang sihat dengan mudahnya boleh akses kepada maklumat-maklumat yang boleh menjurus kearah pemikiran negatif. Contohnya seperti laman web lucah yang kian berleluasa dan mempengaruhi pemikiran masyarakat pada hari ini. Contohnya seperti gambar-gambar porno dan laman web lucah yang berleluasa dan boleh dilayari tidak kira masa tanpa had.


Institusi Kekeluargaan Yang Goyah

Institusi kekeluargaan yang bermasalah juga boleh menimbulkan gejala sosial. Ibu bapa seharusnya menerap dan mendidik anak-anak mereka dari kecil. Sekiranya, ibu bapa bersikap sambil lewa terhadap pendidikan agama anak-anak mereka, ini akan menjadi satu faktor punca gejala sosial. Dan lagi, dengan bertambahnya komitmen ibu bapa terhadap kerjaya mereka, masa diluangkan untuk keluarga itu terhad. Ini akan membuat anak - anak kurang mendapat kasih sayang dan tidak mustahil mereka akan mencari alternatif lain untuk mengisi kegersangan kasih sayang. Selain daripada itu, rumahtangga yang bermasalah juga, seperti perceraian dan pergaduhan turut mempengaruhi remaja untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sihat.


Cara Berpakaian

Jika kita perhatikan pakaian sesetengah golongan muda di masa ini cukup memalukan. Cara berpakaian mereka bertentangan dengan cara pakaian budaya di negara kita sekali gus bertentangan dengan cara pemakaian yang digariskan Islam, agama rasmi negara kita. Mereka begitu ghairah untuk mengikut budaya asing yang dianggap moden dan maju. Mereka takut dan terlalu ego untuk dikatakan ketinggalan zaman, kuno, dan berfikiran sempit.


Terlalu Banyak Masa Lapang

Sekiranya masa lapang golongan belia terbatas, mereka akan rasa kurang berminat pada kegiatan-kegiatan yang tidak berfaedah. Pengisian masa lapang yang kurang terarah, akan mendesak remaja untuk melakukan aktiviti yang tidak bermanfaat seperti perbuatan negatif.


Tiada Pegangan Agama

Remaja hari ini,kurang didedahkan dengan agama membuatkan mereka tidak kuat iman dan mudah terjebak dengan gejala seperti rogol. Mereka tidak mampu untuk menahan nafsu mereka sekali gus lansung tidak memikirkan akibat dan dosa yang ditanggung.


Perogol terbahagi kepada dua jenis iaitu merogol secara spontan dan perogol yang merancang tindakan mereka.

Perogol yang bertindak secara spontan akan menyerang sesiapa sahaja di hadapannya jika berpeluang berbuat demikian. Kes rogol seperti ini yang menjadi perhatian media beberapa tahun yang lalu ialah kematian seorang jurutera komputer wanita iaitu Noor Suzaily Mokhtar. Beliau dirogol, diliwat dan dibunuh oleh seorang pemandu bas ekspres pada awal pagi hari. Kejadian berkenaan berlaku tanpa dirancang sebaliknya perogol yang mendapat peluang melakukannya tanpa mengira siapa yang menjadi mangsanya.

Manakala perogol yang merancang tindakan mereka akan menyusun strategi dan menjadi pemerhati kepada mangsa dengan meneliti jadual pergerakan mangsa sebelum mengambil tindakan. Sumbang mahram boleh dikategorikan dalam perogol jenis ini kerana ahli keluarga mempunyai niat untuk merogol dan akan merancang perbuatan mereka pada masa dan tempat yang sesuai seperti ketiadaan ahli keluarga atau keadaan rumah yang tidak kondusif untuk tidur yang menyebabkan percampuran lelaki dan perempuan.

Dorongan kepada rogol bagi kedua-dua jenis perogol ini bukan disebabkan lambakan filem lucah yang mudah didapati di pasaran atau dimuat turun dari Internet. Filem lucah berperanan memberi idea kepada penyerang dan tidak bertindak sebagai pemangkin kerana novel dan bahan bacaan lucah telah lama berada di pasaran lagi iaitu sejak tahun 1953 lagi. Namun, jenayah rogol dan bunuh jarang berlaku ketika itu. Besar kemungkinan nilai-nilai kemanusiaan masih lagi kuat diamalkan di dalam masyarakat.

Satu lagi punca kepada rogol ialah kehadiran ubat rangsangan seks yang mudah didapati di pasaran kerana penjualan ubat ini turut menyumbang kepada jenayah rogol.

Perogol tidak tertumpu kepada mana-mana kumpulan etnik dan sebarang lelaki boleh menjadi perogol. Umur perogol juga tidak khusus kepada peringkat tertentu dan kebanyakan daripada perogol tidak menyesal apa yang mereka lakukan.

Punca utama jenayah rogol bukannya pakaian seksi wanita yang mendedahkan tubuh badan mereka kerana mangsa rogol bukan sekadar wanita dewasa malah ada antaranya ialah bayi, kanak-kanak bawah umur dan warga tua. Ditinjau dari konsep ‘Freudian’, lelaki sebenarnya mempunyai keinginan seks atau libido yang tinggi. Selain itu faktor ekonomi, tahap pendidikan yang rendah dan tidak ada kemahiran kerja turut menyumbang kepada jenayah rogol.


HUKUMAN

Perogol wajib dijatuhi had zina samada rejam atau sebat. Sumbang mahram Bagi kesalahan orang yang merogol anak atau mahramnya sendiri maka hendaklah ia dibunuh.

Maka oleh itu bunuh jugalah hukuman bagi yang memperkosa anak, adik, kakak atau darah dagingnya sendiri. Lagipun sesetengah fuqaha berpendapat rogol lebih teruk dari zina dan hukumannya juga mesti lebih berat dan lama. Oleh itu wajarlah hukuman bunuh bagi kesalahan orang yang merogol darah daging sendiri kerana perkara tersebut lebih keji dari zina dan melampaui batas kemanusiaan.

Berbeza dengan undang undang sivil yang menetapkan hukuman rogol dengan penjara dari 5 tahun dan tidak lebih 20 tahun serta sebatan.Malah yang terbaru ada cadangan yang mahu keluarga mangsa sumbang mahram inipun dihukum penjara 3 tahun jika tidak melaporkan hal tersebut kepada pihak berkuasa. Rogol dan mencederakan Jika sekiranya serangan atau perbuatan merogol tersebut mendatangkan kecederaan maka perogol tersebut hendaklah dijatuhi hukuman Qisas ataupun dinilai hukuman yang paling tinggi bagi kedua kesalahan tersebut (rogol dan mencederakan) Serangan yang tidak sampai ke status rogol Jika serangan tersebut tidak sampai ke tahap rogol tetapi mangsa mengalami kecederaan maka penjenayah terbabit dikenakan hukuman yang setimpal iaitu Qisas. Walau bagaimanapun sekiranya cubaan merogol tersebut gagal dan mangsanya pula tidak mengalami sebarang kecederaan, maka perogol tersebut tetap dihukum kerana menceroboh hak dan maruah orang lain.


Rogol di bawah umur
Bagi kesalahan ini pula hukuman dijatuhkan kepada kedua duanya sekali jika sekiranya terdapat bukti bukti yang menunjukkan tiada paksaan atau kekerasan, ini kerana dalam Islam status bawah umur dikira dengan tanda-tanda baligh .Amalan tersebut berbeza dengan undang undang sivil yang menetapkan had bawah umur dengan umur yang tertentu. Walau bagaimanapun jika si gadis tersebut dipaksa maka lelaki sahaja yang dihukum.


Rogol dan membunuh
Bagi kesalahan rogol kemudian mangsa tersebut dibunuh dengan sengaja maka hendaklah dijatuhi hukuman Qisas. Ini kerana pembunuhan adalah salah satu daripada tujuh jenis dosa yang paling besar dan dosanya adalah kedua sesudah kafir Undang-undang sedia ada mengenai kesalahan rogol terkandung di dalam Kanun Keseksaan, khususnya seksyen 376, telah memperuntukkan hukuman penjara minimum 5 tahun dan maksimum 20 tahun serta sebatan maksimum sebanyak 24 kali. Pada tahun 2001, dua peruntukan baru dimasukkan ke dalam Kanun Keseksaan iaitu seksyen 376A dan 376B mengenai kesalahan sumbang mahram. Seksyen 376A Kanun Keseksaan memberikan definisi sumbang mahram manakala seksyen 376B(1) memperuntukkan hukuman kesalahan sumbang mahram iaitu penjara mandatori tidak kurang daripada 6 tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebatan. Peruntukan ini telah berkuatkuasa pada 1 Ogos 2002. Pada tahun 2003, seksyen 376 Kanun Keseksaan telah dipinda bagi menaikkan hukuman penjara untuk kesalahan rogol ke atas perempuan yang mempunyai pertalian muhrim dengan pesalah rogol kepada hukuman minimum 15 tahun penjara dan maksimum 30 tahun penjara serta sebatan minimum sebanyak 10 kali. Peruntukan juga menetapkan hukuman mati mandatory jika mangsa rogol meninggal dunia. Bagi pesalah kes rogol secara berkumpulan (gang rape), Pendakwa Raya akan menuduh setiap orang pesalah rogol tersebut untuk kesalahan rogol di bawah seksyen 376 Kanun Keseksaan dan memohon Mahkamah untuk satu perintah perbicaraan bersama. Jika didapati bersalah, hukuman maksimum 20 tahun penjara bagi setiap orang pesalah boleh dijatuhkan. Sekiranya pesalah dibantu oleh orang lain, pembantu tersebut juga boleh didakwa bagi kesalahan bersubahat melakukan kesalahan rogol dan hukumannya adalah sama seperti kesalahan rogol.



KESAN

Sebagai satu bentuk serangan seksual, rogol boleh menjadi amat dashyat, dan banyak kes serangan seksual berakhir dengan kematian mangsa. Rogol juga boleh mengakibatkan kecederaan fizikal yang serius, termasuk juga kehamilan, dan jangkitan penyakit sebaran seksual. Kesan paling biasa pada mangsa rogol adalah kesan psikologi. Pada masa dahulu, mangsa rogol dan mangsa serangan seksual yang masih hidup, biasanya, didapati terhidap Sindrom Renjutan Emosi Rogol (Rape Trauma Syndrome (RTS)) yang dianggap sebagai sejenis penyakit psikologi pada zaman itu. Sekarang, RTS dianggap sebagai sejenis balasan psikologi dan fisiologi yang biasa dialami oleh seorang mangsa rogol, dan bukan sejenis penyakit psikologi lagi. Ia melibatkan perasaan dosa dan malu, ketegangan, kemarahan, ketidakselesaan pada perut, dan kekadangnya kegundahan. Balasan-balasan yang dialami rapatnya dengan apa jua renjutan emosi yang dialami oleh penghidap-penghidap yang bukan mangsa rogol. Renjutan emosi psikologi telah disebut sebagai salah satu daripada alasan-alasan mengapa rogol sentiasa tidak dilaporkan kepada pihak-pihak berkuasa.

Oleh kerana sifat-sifat seksual yang sensitif tentang jenayah rogol, mangsa-mangsa biasanya akan mengalami renjutan emosi psikologi yang serius. Ini memang benar di kalangan masyarakat-masyarakat yang mempunyai adat-adat kelamin yang pantang. Umpamanya, seorang perempuan, terutamanya seorang anak dara yang telah dirogol, dianggap oleh masyarakat sebagai seorang yang "rosak". Mangsa-mangsa akan terpaksa menderita seorang diri dan dilarang berkahwin, ataupun mungkin akan diceraikan sekiranya dia sudah berkahwin. Mangsa rogol juga mungkin berasa "kotor" ataupun berasa bahawa dianya yang bersalah.

Proses penghukuman perogol biasanya dihalangi oleh kesan-kesan psikologi yang lebih kurang sama. Mangsa-mangsa kerapkalinya berasa malu apabila mereka ingin mewajahkan apa yang terjadi (terutamanya, jika mangsa perempuan dikena melaporkan kejadian kepada pegawai lelaki). Tambahan lagi, soalan-soalan sensitif dan pemeriksaan perubatan yang diperlu untuk pendakwaan akan menyebabkan mangsa tidak selesa. Di masyarakat-masyarakat yang tidak mengakui kaum perempuan sebagai penduduk-penduduk yang setanding dengan kaum lelaki, proses ini akan memberatkan lagi kepayahan mangsa-mangsa wanita. Kemarahan, ketidakselesaan pada perut, dan kekadangnya kegundahan. Balasan-balasan yang dialami rapatnya dengan apa jua renjutan emosi yang dialami oleh penghidap-penghidap yang bukan mangsa rogol. Renjutan emosi psikologi telah disebut sebagai salah satu daripada alasan-alasan mengapa rogol sentiasa tidak dilaporkan kepada pihak-pihak berkuasa.



LANGKAH MENGATASI KES ROGOL
  1. Wanita seharusnya keluar berteman. Peringatan ini sudah jelas disebut dalam hadis-hadis yang sahih. Jangan keluar melainkan dengan mahram. Ini bermaksud, ibu dan ayah hendaklah sentiasa memantau anak mereka keluar berteman sesama muhrim dan tidak membiarkan anak-anak terjebak dalam pergaulan bebas atau keluar secara sendirian. Walaupun kini zaman moden keselamatan diri haruslah diutamakan.
  2. Jangan keluar dating walaupun dengan teman lelaki atau tunang. Ini juga sudah disebut dalam hadis. Kalau keluar secara berdua-duaan, orang ketiga adalah syaitan. Rogol berpunca dari perjumpaan pasangan lelaki-perempuan (kekasih/kenalan) yang bermula dengan kerelaan sendiri untuk berbuat seks ataupun ditipu. Kalau tak keluar datang dari awal, sudah tentu perogolan tidak berlaku.
  3. Pisahkan tempat tidur anak lelaki dan perempuan apabila sudah mencapai umur mumaiyiz atau akhil baligh. Ini juga disebut dalam hadis. Sebab itu rumah yang terbaik dalam Islam paling kurang ada 3 bilik tidur. Sebab antara kes rogol yang berlaku juga melibatkan adik-beradik dan juga si bapa dan datuk yang meletakkan otak dan akal mereka di kepala lutut. Pemisahan tempat tidur ini juga sebagai langkah awal membasmi dan mencegah kes-kes sumbang mahram.
  4. Tidak memakai pakaian yang seksi, ketat lagi menggiurkan. Orang yang memakai pakaian begini adakalanya bernasib baik kerana tidak dirogol. Tetapi pemakaian mereka merangsang sesetengah orang untuk melakukan rogol.
  5. Menutup pintu-pintu maksiat. Segala benda yang mengundang berahi manusia maka janganlah dibenarkan. Video lucah. Dan pelbagai lagi bahan yang boleh mendorong maksiat.
  6. Melaksanakan kajian untuk mengenal pasti punca dan cara bagi mengatasi jenayah rogol
  7. Menganjurkan kempen atau program untuk menggalakkan wanita dan kanak-kanak mempelajari kemahiran mempertahankan diri.
  8. Mewujudkan dasar keluarga Negara
  9. Bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan untuk menubuhkan
  10. Rape Survivors Association bagi membantu mangsa rogol mengurangkan tekanan emosi yang dialami
  11. Mengkaji jumlah kaunselor terlatih dalam membantu mengendalikan mangsa rogol dan menganjurkan program khusus yang memfokuskan kepada pengukuhan institusi kekeluargaan seperti kursus dan ceramah mengenai kemahiran keibubapaan.

Bagaimana untuk mengelak daripada menjadi mangsa rogol?

Tempat Sunyi
Elak daripada berjalan seorang di tempat sunyi seperti tempat meletak kereta. Berjalan dengan pantas dan pastikan anda tidak diekori. Semasa menuju ketempat meletak kereta, keluarkan kunci kereta dan selitkan di antara jari supaya anda bersedia jika anda di serang, anda boleh menggunakan sebagai senjata. Memilih jalan yang selamat walaupun jauh.

Keluar temu-janji
Elak daripada berjumpa di tempat yang membahayakan diri anda. Lebih selamat jika berjumpa di tempat orang ramai. Jika anda menumpang kereta, pastikan melalui jalan yang banyak kenderaan lalu.

Alat keselamatan
Bawa alat tiup untuk mendapatkan perhatian orang ramai jika anda diserang. Minyak wangi juga boleh digunakan untuk menyelamatkan diri daripada penyerang dengan menyemburkan ke arah muka penyerang.

Seni mempertahankan diri
Belajar untuk mempertahankan diri. Ia amat berguna jika anda tahu untuk mempertahankan diri anda daripada serangan.

Hukuman
Sesiapa yang disabit kesalahan merogol akan dihukum menurut seksyen 376 Kanun Keseksaan dan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih dari 20 tahun. Selain itu, pesalah itu hendaklah juga dikenakan hukuman sebat.


Doa Mengelakkan Diri Dari Dirogol :
Terjemahan : “Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa aku beriman denganMu dan RasulMu, dan aku memelihara kehormatanku hanya untuk suamiku, maka janganlah biarkan aku menjadi mangsa orang kafir dan orang zalim”.


Doa Mengelakkan Anak Dari Dirogol :
Terjemahan : “Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa anak perempuanku beriman denganMu dan RasulMu, dan dia memelihara kehormatannya hanya untuk suaminya, maka janganlah biarkan dia menjadi mangsa orang kafir dan orang zalim”.


Kesimpulan

Jenayah rogol amat menakutkan. Ia menjadi musuh kepada kumpulan wanita khususnya kanak-kanak yang mudah menjadi sasaran penjenayah. Pendekatan atau mekanisme yang dirancang bagi menangani kes rogol ini perlu berbentuk holistik dan mengambil kira kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan. Selain itu, kerajaan khususnya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat perlu menjadi pemimpin kepada kajian mengenai faktor penyebab rogol di semua peringkat.

Institusi kekeluargaan mesti diperkukuhkan dengan nilai-nilai teras yang menjadikan hormat dan kawalan diri sebagai fokus ke arah pembentukan masyarakat penyayang.

Category:

Vk bhardwaj: My name is vikas . I'm administrator of Www.BestTheme.Net.This blog was opened for Demo test .

0 comments

Related Posts with Thumbnails