Kes Homoseksual

product 1

Gejala hubungan homoseksual boleh dikategorikan sebagai penyakit mental. Ia juga antara...

Kes Pergaulan Bebas

product 1

Akibat pergaulan bebas, seramai 768 remaja seawal usia 13 tahun, melahirkan anak yang...

Kes Mat Rempit

product 1

Penduduk Gombak dihantui kebimbangan berikutan kegiatan sekumpulan Mat Rempit yang...

RAGUT

GelajaKini | 10:56 | 0 comments

DEFINISI

Ragut membawa maksud menarik, menyentak dan mencabut secara paksa atau dengan kekuatan. Kes ragut di Malaysia kini semakin berleluasa di mana-mana saja, tidak kira di bandar mahupun di kampung. Agak sukar sebenarnya untuk membanteras jenayah ragut ini kerana kita tidak tahu bila ia akan berlaku dan siapa yang akan melakukannya.

Sejak dahulu masyarakat tidak ambil kisah mengenai kes ragut biarpun ada kalanya individu terbabit kehilangan sejumlah besar wang tunai dan barang kemas. Ketika itu, kes ragut masih dianggap sebagai terpencil dan tidak memudaratkan mangsa. Namun perubahan masa telah menyaksikan ragut sebagai satu jenayah serius yang sejak akhir-akhir ini turut meragut nyawa manusia Ada kes ibu sedang sarat mengandung, terbunuh semasa kes ragut, ada yang cedera parah semasa kes ragut, ada juga yang calar dimuka kerana ditoreh dengan pisau cukur ketika melawan peragut dan bermacam-macam lagi. Yang pastinya peragut tidak mengenal mangsa.

Kalau dinamakan peragut, wanita tidak perlu membawa beg tangan pun boleh diragut. Sebab? Sebabnya itu adalah memang kerja dan mata pencarian mereka sehari-hari. Walaubagaimanapun sukar sekalipun, mereka pastinya akan berikhtiar untuk meragut mangsa, tidak kira lelaki atau pun perempuan. Yang pastinya golongan wanita yang ramai menjadi mangsa dalam kes ragut di Malaysia. Walaupun kaum lelaki ada juga menjadi mangsa ragut tetapi jumlahnya adalah sedikit jika dibandingkan dengan kejadian ragut dikalangan wanita. Ini kerana, peragut beranggapan bahawa kaum wanita adalah lemah dan tidak mampu untuk bertindak balas.

PUNCA BERLAKUNYA JENAYAH RAGUT

Terdapat banyak punca berlakunya jenayah ragut ini berlaku. Anataranya adalah jenayah ragut merupakan kerja yang paling mudah dan menguntungkan dalam sekelip mata sahaja tanpa mengambil masa yang lama. Ini kerana, hasil daripada meragut terdapat pelbagai barangan yang bernilai yang boleh dijual atau digadai bagi mendapatkan wang untuk membeli keperluan, keinginan semata - mata dan membeli dadah kerana golongan peragut ini kebanyakannya terdiri daripada penagih dadah. Ini kerana penagih dadah tidak mempunyai pekerjaan dan tidak mempunyai pendapatan untuk membeli dadah.

Selain itu, jenayah ragut ini berlaku kerana peragut tidak mempunyai kesedaran sivik dalam diri mereka. Selain itu, tiada nilai – nilai kemanusiaan di dalam diri mereka. Mereka hanya mementingkan diri sendiri dan kepuasan semata tanpa memikirkan penderitaan mangsa yang diragutnya. Selain itu, berlakunya jenayah ragut ini berpunca daripada sikap individu itu sendiri. Individu terbabit yang mengundang kepada jenayah ini berlaku. Diantaranya ialah individu tersebut tidak berwaspada dan tidak peka dengan keadaan sekeliling. Contohnya apabila mengeluarkan wang daripada mesin ATM atau ketika keluar daripada bank stelah selesai berurusan. Bagi kaum wanita terlalu menunjukkan barang kemas yang berlebihan dan beg tangan yang dipakai.

Selain itu, keadaan ekonomi semasa yang sedang merosot adalah salah satu punca ini menyebabkan ramai orang kehilangan peluang pekarjaan dan sebahagian orang rela memilih untuk meragut untuk medapatkan sumber wang untuk menampung kehidupan seharian. Selain itu, sebahagian remaja cuba meragut dengan sebab ingin mencari keseronokan atau dipengaruhi oleh rakan sebaya punca berlakunya jenayah ragut yang semakin berleluasa pada masa kini.

Selain itu, media massa juga menjadi punca kegiatan jenayah ragut pada masa kini. Tidak dinafikan kemudahan seperti Internet, e-mel, televisyen, dan radio memudahkan kita untuk berkomunikasi, mendapatkan maklumat, dan berhibur. Akan tetapi banyak juga kesan-kesan negatif daripada kemudahan ini. Jika tidak dimanfaatkan dengan betul.

Tambahan lagi, kurangnya kesedaran individu dan masyarakat itu sendiri terhadap jenayah ragut ini. Mengambil sikap sambil lewa dan tidak mengambil serius tentang permasalahan ini. Tidak mengambil tahu tentang wujudnya jenayah ini kerana pada mereka, mereka tidak menjadi mangsa kepada jenayah ini. 


KESAN JENAYAH RAGUT

Jenayah ragut ini banyak meninggalkan kesan negatif terhadap rakyat dan nama baik Malaysia umumnya. Ia akan menjejaskan reputasi Malaysia sebagai Negara yang dikenali sebagai Negara yang aman dan damai. Ia memberi perspektif yang negatif dari seluruh pelusuk dunia. Bagi pelancong yang ingin atau sudah melancong di Negara ini, ia akan menimbulkan kerisauan dan kebimbangan terhadap keselamatan mereka ketika berada di Negara ini. Ini akan menjejaskan industri pelancongan di Malaysia. Ini kerana terdapat segelintir pelancong yang melancong di Negara ini adalah menjadi mangsa ragut.

Rakyat Malaysia amnya, menjadi huru hara dan tidak berasa selamat walaupun berada di Negara sendiri. Masyarakat menjadi trauma tentang permasalahan ini yang semakin meruncing. Setiap hari ada sahaja jenayah ragut berlaku di tempat mereka. Ini menyebabkan masyarakat menjadi takut untuk keluar bersiar – siar bersama keluarga dan teman – teman. Tidak bebas melakukan aktiviti seharian kerana perlu mengawasi keadaan sekeliling.

Selain itu, bagi mangsa yang diragut, mereka akan menanggung kesengsaraan akibat kecederaan fizikal dan masalah kesihatan di samping mengalami trauma akibat gangguan mental dan emosi seperti rasa takut, tekanan perasaan dan rasa rendah diri. Mereka menjadi tidak yakin dan tidak percaya pada orang lain. Selain itu, ia akan menyimpan perasaan dendam terhadap peragut.

Jenayah ragut juga penyumbang kepada berlakunya peningkatan jenayah di Malaysia. Walaupun jenayah ini baru berlaku pada masa kini, tetapi jenayah ini meningkat dengan mendadak saban tahun. Jenayah ini juga menyebabkan statistik kadar jenayah di Malaysia meningkat. Lantas, ia akan menunjukkan rekod yang buruk terhadap imej Negara. Ia akan menjejaskan reputasi Negara di mata dunia.

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN JENAYAH RAGUT

Jenayah ragut di Malaysia merupakan isu dan jenayah yang semakin berleluasa dan membimbangkan. Rakyat Malaysia berasa tidak selamat dan aman walaupun berada di Negara sendiri kerana perlu sentiasa berhati – hati dan tidak bebas untuk melakukan aktiviti atau urusan seharian. Selain itu, perlu mengawasi keadaan sekeliling untuk memastikan keselamatannya terjamin. Sehubungan dengan itu, pelbagai pihak termasuk kerajaan, polis, masyrakat dan individu saling memerlukan bagi membendung jenayah ragut ini sebelum ianya menjadi lebih meruncing sehingga tiada jalan penyelesaiannya. Pelbagai pihak disaran untuk bekerjasama bagi membendung gejala ragut ini supaya dapat di atasi. Terdapat pelbagai langkah–langkah atau cara pencegahan melalui beberapa pihak antaranya ialah melalui pihak berkuasa tempatan, undang–undang, masyarakat dan individu itu sendiri. Berikut adalah langkah –langkah pencegahan melalui individu itu sendiri :

  •  Menggunakan jalan dan lorong yang sering digunakan oleh orang ramai. Jangan berjalan atau bersiar-siar di tempat gelap.
  • Jika terpaksa keluar di waktu malam perlulah membawa teman atau keluar secara beramai–ramai.
  •  Jangan memakai barang kemas yang berlebihan. Elakkan daripada meletak beg duit anda di dalam raga membeli-belah atau di atas kaunter.
  • Silangkan beg tangan anda di bahu dan berjalan di sebelah kanan jalan bertentangan dengan laluan laulintas.
  • Hendaklah berwaspada selalu, andainya anda merasai seseorang yang mencurigakan mengekori anda, hendaklah dengan segera menuju ke tempat lain.
  • Semasa membeli–belah di tempat yang sibuk perlulah menggenggam beg duit dengan kuat atau sembunyi beg itu di tempat yang tidak terdedah.
  • Berjalan di kaki lima kedai supaya dapat mengelakkan diri dari diragut oleh pembonceng motosikal.
  • Jikalau membawa anak-anak kecil ke bandar, tanggalkan barang-barang kemas yang di pakai olehnya.
  • Jangan berasak-asak apabila menaiki / turun bas, keretapi, panggung wayang atau tempat sesak.
  • Bila menggunakan lif, pastikan ada orang bersama anda atau cari orang yang anda kenal. Jika ada orang mengekori anda dan anda mencurigai orang itu, keluar dari lif dengan segera.
Seterusnya, berikut adalah langkah–langkah pencegahan jenayah ragut bagi pihak berkuasa tempatan :
  • Menambahkan anggota polis di kawasan-kawasan panas.
  • Meningkatkan rondaan dan risikan. 
  • Mewujudkan pusat pemeriksaan bergerak, balai polis bergerak dan pondok polis di kawasan yang sering berlakunya jenayah ragut.
  • Menjalinkan kerjasama antara jabatan.
  • Langkah pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang perlu ditingkatkan.
  • Menggubal undang-undang yang lebih berat terhadap peragut agar menjadi teladan dan amaran kepada peragut lain.
  • Langkah perlaksanaan dan penguatkuasaan undang – undang perlu ditingkatkan.
Langkah–langkah pencegahan melalui Pihak Kerajaan, NGO dan masyarakat pula adalah seperti berikut:
  • · Masyarakat kena prihatin dan membantu apabila berlaku jenayah ragut di depan mata kita. Mungkin ada yang berkata kita mungkin menempah maut apabila hendak membantu mangsa ragut kerana penjenayah mungkin bersenjata.

    · Kita boleh memberhentikan kenderaan dan membunyikan hon apabila nampak peragut sedang melakukan jenayah berkenaan. Cara ini akan membuatkan penjenayah itu tergesa-gesa meninggalkan tempat kejadian.

    · Bantuan dengan mengambil nombor kenderaan jika peragut itu menggunakan kenderaan sedikit sebanyak dapat membantu siasatan polis. Apabila ternampak kejadian berkenaan, kita boleh menjerit untuk mendapatkan perhatian orang ramai untuk sama-sama memberkas peragut itu.

    · Kempen kesedaran tentang bahaya gejala ragut perlu dilaksanakan secara agresif dan sepanjang masa.

    · Anggota masyarakat perlu mempersiapkan diri bagi menghadapi tindakan peragut dengan cara mempelajari ilmu pertahanan diri.

    · Masyarakat diberikan ingatan agar tidak membawa wang tunai yang banyak sebaliknya penggunaan kad debit dan kad kredit digalakkan.

    · Orang ramai perlu diberikan pendidikan agama yang sempurna kerana pendidikan agamalah yang boleh menjadi benteng awal berlakunya kes ragut.

    · Pihak kerajaan dan NGO wajar meningkatkan usaha membanteras kes penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia kerana perkara ini ada kaitan rapat dengan peningkatan kes ragut.

    · Pihak kerajaan juga perlu memikirkan langkah bagi mengatasi masalah pengangguran terutamanya di bandar-bandar.

    · Institusi rumah tangga juga perlu diperkukuh supaya dapat melahirkan generasi baru yang sempurna akhlaknya. 
KESIMPULAN

Kesimpulannya, seluruh rakyat Malaysia dan pihak yang terbabit perlu memandang serius tentang jenayah ini supaya ia dapat ditangani sebelu ia menjadi lebih serius dan meruncing sehingga ketandusan jalan penyelesaian. Semua pihak perlu berkerjasama kerana Malaysia mengamalkan hidup bermasyarakat ini dapat membantu mengurangkan kadar jenayah ini. Semua pihak juga perlu memainkan peranan bagi membanteras jenayah rakus yang semakin mengganas sekarang. Mungkin pendapat ‘apa faedahnya menjaga tepi kain orang’ perlu dihakis dalam konteks memerangi jenayah ragut ini. Kita kena prihatin dan membantu apabila berlaku jenayah ragut di depan mata kita. Mungkin ada yang berkata kita mungkin menempah maut apabila hendak membantu mangsa ragut kerana penjenayah mungkin bersenjata. Seluruh rakyat Malaysia haruslah didedahkan kepada isu-isu semasa, kempen-kempen, khemah kerja, motivasi dan sebagainya bagi menyedarkan mereka bahawa merekalah generasi pemangkin negara. Sekali gus, perkara sedemkian dapat memberi pengajaran dan menimbulkan keinsafan kepada peragut. Mereka juga perlu mengetahui bahawa segala kes jenayah ini akan merosakkan masa depan mereka.

Category:

Vk bhardwaj: My name is vikas . I'm administrator of Www.BestTheme.Net.This blog was opened for Demo test .

0 comments

Related Posts with Thumbnails