Kes Homoseksual

product 1

Gejala hubungan homoseksual boleh dikategorikan sebagai penyakit mental. Ia juga antara...

Kes Pergaulan Bebas

product 1

Akibat pergaulan bebas, seramai 768 remaja seawal usia 13 tahun, melahirkan anak yang...

Kes Mat Rempit

product 1

Penduduk Gombak dihantui kebimbangan berikutan kegiatan sekumpulan Mat Rempit yang...

PEMBUANGAN BAYI

GelajaKini | 22:26 | 0 comments

 
DEFINISI

Perkataan buang bermaksud mencampakkan, melemparkan dan menghilangkan. Perkataan bayi pula bermaksud anak kecil yang baru dilahirkan oleh si ibu. Pembuangan bayi pula adalah perbuatan mencampakkan atau menghapuskan anak kecil yang tidak berdosa kemerata-rata tempat tanpa rasa sifat berperikemanusiaan. Daripada definisi yang tertera didalam kamus dewan ini, telah menjelaskan bahawasanya pembuangan bayi ini adalah kelakuan yang amat keji dan dilarang.

Pada era moden yang serba mencabar ini, Malaysia dengan bangganya menuju ke satu tahap yang lebih kompetetif bertunjangkan sains dan teknologi. Namun disebalik kemodenan ini, mereka telah lupa dengan perkembangan sosial di Negara ini. Saban hari terdapat laporan tentang pembuangan bayi dimerata-rata tempat seperti di dalam tandas, ditepi longkang, dan sebagainya. Golongan yang tidak bertanggungjawab ini membuang bayi secara membuta tuli sahaja tanpa ada sifat dan perasaan berperikemanusiaan.

Isu pembuangan bayi yang tidak pernah kesudahan sejak beberapa tahun kebelakangan ini boleh dianggap sebagai wabak atau bencana kepada Negara. Pembuangan bayi yang semakin hari semakin banyak dilaporkan di dada akhbar dan yang paling menyayat hati, terdapat bayi yang tidak berdosa bukan sahaja dibuang, malah dibakar. Mereka yang melakukan perkara ini merupakan individu yang tidak ada maruah diri dan tidak bertamadun.

Mereka yang membuang bayi ini biasanya mereka yang sudah terlanjur melakukan seks bebas. Mereka sanggup buang bayi dengan harapan mereka diberi peluang untuk menjalani kehidupan yang baru dan semestinya bagi mengelakkan daripada diejek, dicemuh dan dicaci oleh masyarakat setempat.


Secara realitinya, perbuatan membunuh anak mengatasi nilai hidup kebinatangan. Binatang mungkin membunuh anak mereka ketika di lahirkan, tapi kebanyakan atas faktor surviva (dijadikan makanan). Tetapi bagi manusia, mereka sudah hilang nilai kemanusiaan kerana mereka hidup bertuhankan nafsu. 


FAKTOR PEMBUANGAN BAYI

1) KURANG DIDIKAN DAN KEFAHAMAN AGAMA

Kurang didikan agama merupakan punca utama hidup remaja tiada halatuju dalam kehidupan dan seterusnya terlibat dalam gejala-gejala negatif. Remaja yang melibatkan diri dalam gejala pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan tanpa batasan sudah semestinya menjalinkan hubungan diluar tabii. Dalam situasi ini, remaja yang kurang didikan dan kefahaman serta pegangan agama tidak teragak-agak untuk melakukan perkara diluar dugaan seperti membuang dan meninggalkan anak mereka selepas dilahirkan hanya untuk menutup malu. 


2) PENGARUH RAKAN SEBAYA

Pengaruh rakan sebaya juga salah satu fakor yang menyababkan masalah kes pembuangan bayi dalam kalangan remaja. Hal ini kerana, pada usia muda lagi, remaja mudah dipengaruhi. Hal ini menjadi bertambah teruk apabila mereka bergaul dengan rakan sebaya yang menjalani kehidupan negatif dan tidak sihat serta tidak bermoral. Remaja yang terjerumus dalan kancah-kancah negatif tersebut tanpa segan dan silu melakukan hubungan seks rambang sehingga terjadinya masalah iaitu mengandung anak luar nikah dan terpaksa membuang bayi tersebut untuk mengelakkan ia diketahui masyarakat.


3) SIKAP MASYARAKAT

Sikap masyarakat menjadi faktor berlakunya pembuangan bayi. Apabila seorang remaja perempuan melahirkan anak luar nikah, sudah pastinya masyarakat setempat menghina dan memandang serong padanya. Secara tidak langsung, remaja itu dianggap menjatuhkan maruah keluarganya. Remaja tersebut akan merasa tertekan dengan bebanan yang ditanggung seorang diri tanpa sokongan dari pelbagai pihak. Demi menjaga imej sendiri dan juga keluarga, remaja tersebut mengambil jalan mudah dan ringkas dengan membuang bayi ekoran bimbang dipandang jijik dan hina oleh masyarakat sekeliling.


4) SIKAP INGIN TAHU REMAJA

Sikap remaja yang ingin mencari sesuatu pengalaman yang baru atau sikap ingin tahu. Sikap ingin tahu tentang sesuatu memang wujud dalam diri remaja. Biasanya mereka gemar mencuba sesuatu yang baru. Setiap perkara yang dilarang, itulah yang ingin diterokai oleh mereka. Remaja berpendapat bahawa mereka jadi lebih matang sekiranya mereka mencuba benda yang jarang dilakukan oleh remaja lain, lebih-lebih lagi seks rambang. Mereka juga beranggapan bahawa diwaktu usia remajalah mereka patut berseronok dan bergembira sehingga melakukan perkara negatif seperti seks bebas ini. Sikap remaja ingin mencuba sesuatu ini sebenarnya tidak mengetahui baik dan buruknya, serta akibat yang bakal diterima mereka. Sebagai remaja yang matang, mereka mestilah berfikiran rasional dan bijak dalan menilai sesuatu perkara supaya tidak menyesal dikemudian hari. Bak kata pepatah “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak gunaya”


5) KURANG KASIH SAYANG DAN PERHATIAN KELUARGA

Ibu bapa menjadi peranan utama didalam membentuk kehidupan anak-anak. Walaupun sesibuk mana ibu bapa, ia harus mengambil berat kehidupan dan gerka-geri perjalanan dan kehidupan anak-anak mereka. Anak-anak akan terbiar apabila ibu bapa lebih mengejar kekayaan daripada kebahagiaan keluarga. Ibu bapa juga hendaklah selalu mendekati anak-anak supaya anak-anak tidak merasa janggal apabila ingin menceritakan sesuatu terutama untuk meluahkan masalah yang dihadapi. Mereka akan melakukan perkara yang tidak sihat kerana tiada siapa yang mempedulikan jalan hidup mereka. Dengan ini, mereka lebih bebas untuk melakukan sesuatu sehingga terjebak dengan masalah seks bebas dan akhirnya menjadi masalah besar apabila mendapati diri mereka berbadan dua. Untuk mengelakkan rahsia mereka terbongkar, berlakulah pembuangan bayi. Mereka sanggup melakukan dengan pelbagai cara asalkan diri mereka terlepas dari masalah. 


PENYELESAIAN MASALAH PEMBUANGAN BAYI

1) BABY HATCH

Baby Hatch merupakan cara untuk menyelesaikan masalah pembuangan bayi dan ianya hanyalah penyelesaian untuk jangka masa pendek. Ia telah di rasmikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan kerjasama Orpahan Care. Baby Hatch bertujuan untuk mewujudkan tempat perlindungan bayi yang dilahirkan tanpa ada talian yang sah bagi menegelakkan berlakunya pembuangan bayi.


2) RUMAH PERLINDUNGAN

Menyediakan rumah perlindungan bagi wanita-wanita yang sudah terjebak didalam gejala-gejala negatif. Ia bagi membantu mengurangkan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini. Dengan adanya rumah perlindungan ini, mereka dapat menginsafkan diri mereka. Hal ini juga dapat menyelamatkan mereka yang sedang mengandung anak luar nikah dan secara tidak langsung ia dapat menyelamatkan bayi tersebut daripada dibuang merata tempat dengan keadaan yang menyedihkan.


3) PEMANTAUAN PIHAK BERKUASA

Pihak berkuasa hendaklah sering membuat pemantauan bagi mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini. Dengan adanya pemantauan, ia dapat mengurangkan berlakunya perkara sebegini. Pihak berkuasa juga hendaklah mengetahui dan peka terhadap tempat-tempat atau kawasan yang sering berlakunya perbuatan terkutuk ini seperti hotel-hotel, kawasan hutan, kawasan taman dan lain-lain. Secara tidak langsung juga, ia dapat mengurangkan berlakunya perbuatan seks rambang yang boleh mendorong kepada kelahiran anak luar nikah. 


KESAN PEMBUANGAN BAYI

1) KESAN KEPADA BAYI

Semua bayi ini hidup tidak mengenali dan mendapat kasih saying daripada ibu bapa kandung mereka. Beyi0beyi ibi juga terpaksa memikul gelaran anak luar nikah sepanjang hidup mereka. Mereka dibuang tempat-tempat terpencil dan jauh dari pandangan masyarakat sehingga menyebabkan mereke meninggal duania. 


2) KESAN KEPADA IBU BAYI

sewaktu mereka melahirkan anak, mereka tidak ada dalam keadan dan situasi yang selesa dan mengizinkan. Tanpa persediaan yang rapi, ia pastinya mengalami jangkitan kuman yang serius, kecederaan semasa melahirkan anak, dan juga kehilangan darah yang banyak. Kebanyakan mereka melahirkan anak dengan kudrat sendiri tanpa pertolongan daripada pihak hospital dan pihak lain. Hal ini akibat daripada perbuatan mereka sendiri yang semestinya salah dari segi undang-undang, agama dan Negara.


3) KESAN KEPADA INSTITUSI KEKELUARGAAN.

Berlakunya keruntuhan institusi kekeluargaan. Apabila institusi kekeluargaan itu runtuh, keharmonian dalam kekeluargaan juga turut terkena tempiasnya. Hal ini disebabkan ibu bapa berasa malu mempunyai anak yang sebegitu rupa tingkah lakunya. Apa yang mereka bimbang adalah jiran sekeliling mereka yang memandang serong dengan keluarga mereka. Disebabkan masalah pembuangan bayi juga, masalah penceraian berlaku. Ia berlaku apabila ibu bapa remaja yang terlibat dengan perbuatan yang tidak bermoral ini bergaduh dan menyalahkan sesame sendiri kerana tidak pandai mendidik dan memelihara anak sehingga anak-anak yang lain terpaksa menanggung akibatnya.


4) KESAN KEPADA MASYARAKAT

Kes pembuangan bayi yang berlaku telah menjejaskan imej masyarakat sekeliling. Mereka pastinya berasa malu dan kecewa dengan apa yang berlaku. Sudah semestinya remaja dipersalahkan dalam kes ini kerana biasanya, remaja merupakan golongan terbesar melibatkan diri dalam kegiatan ini. “kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”. Pribahasa ini bertepatan sekali dengan situasi yang berlaku. Mayarakat telah menerima akibatnya hasil daripada kegiatan tidak bermoral ini dan secara tidak langsun telah menimbulkan persepsi orang luar tentang masyarakat setempat dalam membendung kes-kes seperti ini daripada berlaku.


5) KESAN KEPADA NEGARA

Tidak dapat dinafikan juga pembuanagn bayi memberi kesan yang sangat besar kepada Negara. Secara eroninya, jatuh dan bangun sesebuah Negara itu bergantung sepenuhnya kepada akhlak remaja atau generasi pada waktu sekarang. Antara kesan yang pastinya berlaku ialah kerancakan pembangunan terbantut serta ekonomi Negara sukar untuk berkembang disebabkan wujudnya gejala sosial ini. Tambahan lagi, pembelanjaan kerajaan turut menigkat untuk menampung bayi yang diletakkan di rumah kebajikan masyarakat. Hal ini kerana, bayi yang dijumpai biasanya ditempatkan dirumah kebajikan masyarakat sebagai penempatan sementara. Pada masa yang sama, ibu bapa bayi tersebut dicari dan sekiranya tidak menjumpai, rumah kebajikan masyarakat pastinya menjadi penempatan kekal mereka. Perkara seperti ini pastinya membebankan pihak kerajaan dan pihak yang berkaitan dari segi kewangan. 


KESIMPULAN

Firman Allah dalam Surah Al-Israa’ ayat 32 yang bermaksud:“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk”. Ayat di atas menunjukkan di antara perintah pencegahan yang turunkan oleh Allah swt sebagai pencipta manusia bagi mencegah manusia daripada penzinaan yang seterusnya membawa kepada kemusnahan hidup di dunia. Telah dinyatakan dengan jelas bahawasanya penzinaan adalah satu perbuatan yang terkutuk dan dibenci di sisi tuhan serta masyarakat. Sebelum ini kita sering memperkatakan permasalah pergaulan bebas, penagihan dadah dan pelbagai lagi permasalahan masyarakat. Dan kini kita dikejutkan pula dengan kes pembuangan bayi tanpa belas kasihan. Dimana bayi-bayi itu dibuang dengan bermcam-macam keadaan yang tidak sanggup lagi didengar dan dilihat.

Pada masa kini, zaman telah berubah kembali kepada zaman jahiliah dimana bayi ditaman hidup-hidup. Tetapi pada masa itu, hanya bayi perempuan sahaja yang akan ditanam. Pada zaman jahiliah, mereka membunuh kerana khuatiri anak mereka diperkosa atau berzina. Bagaimanapun, pada zaman moden ini anak dibunuh kerana ibunya sendiri diperkosa atau berzina. Golongan ini adalah golongan yang telah terlanjur membuat dosa sehingga hamil tanpa ikatan perkahwinan. Kemudian menambah lagi bilangan dosa dengan menyeksa bayi berkenaan dengan membuangnya bagaikan sampah-sarap dan dalam keadaan yang menyedihkan serta menyayat hati.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Hak anak ke atas ayahnya ialah memberinya nama yang baik, mengajarnya menulis, mengahwinkannya apabila cukup umur dan mengajarnya al-Quran" (riwayat al-Hakim dan ad-Dailamy). Berdasarkan petikan diatas, dengan terang dan jelasnya betapa bertanggungjawabnye seorang ayah terhadap anaknya. Memberi segala-galanya dengan penuh kasih dan sayang serta tunjuk ajar yang betul. Tanggungjawab itu akan berakhir apabila anak itu dikahwinkan. Pengakhiran bagi seseorang anak bukan dengan membuangnya didalam keadaan yang teruk tetapi sebaliknya seperti yang dinyatakan didalam sabda tersebut.

Category:

Vk bhardwaj: My name is vikas . I'm administrator of Www.BestTheme.Net.This blog was opened for Demo test .

0 comments

Related Posts with Thumbnails