MAK NYAH OH MAK NYAH~
Allah swt menjadikan watak seorang lelaki dengan mempunyai tingkahlaku yang keras manakala perempuan pula mempunyai sifat lemah lembut. Lelaki dan perempuan mempunyai tanggungjawab dan peranan tertentu. Secara umumnya, mereka diciptakan sebagai khalifah di muka bumi untuk mentadbir alam ini dengan sebaik-baiknya. Lelaki diciptakan sebagai pemimpin bagi wanita dan wanita sebagai tulang belakang dan pembantu kepada kaum lelaki. Ia dinyatakan dalam firman allah swt “kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang Bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolongannya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah maha tinggi, lagi maha besar” (Surah Al-Nisa’: 34)
Walau bagaimanapun, di era globalisasi dan pembangunan ke arah malaysia maju telah wujud satu fenomena tentang individu yang terkeliru mengenai identity mereka. Mereka ini adalah lelaki lembut yang lebih dikenali di kalangan kehidupan masyarakat umum dengan istilah ‘mak nyah’, ‘pondan’, ‘bapok’ dan ‘adik”. Mereka dilahirkan sebagai lelaki tetapi mempunyai kelakuan, perasaan dan naluri sebagai wanita (Wan Halim Othman: 1987).
Maknyah atau lelaki lembut yang mana juga dikenali sebagai bapuk, darai atau pondan adalah merupakan istilah yang merujuk bagi golongan lelaki transeksual, yakni orang-orang yang mempunyai biologi lelaki tetapi mendakwa mempunyai naluri wanita. Golongan ini sering menggunakan istilah "terperangkap dalam tubuh yang salah" atau "wanita dilahirkan transeksual". Walau apa pun juga alasan yang diberikan oleh golongan-golongan ini untuk terjebak dalam lembah maknyah yang mana berkait rapat dengan gejala maksiat, mereka ini mempunyai sejarah hidup masing-masing. Mungkin juga atas desakan hidup yang membawa mereka memilih jalan ‘maknyah’ sebagai jalan penyelesaian masalah dalam hidup tanpa mengira baik buruknya akan apa yang mereka lakukan.
Tidak dinafikan juga sesetangah dari kita ini dilahirkan semulajadi mempunyai naluri kewanitaan, tetapi sejauh mana seseorang itu dapat mengawalnya hanya dia sahaja yang tahu. Menurut laporan negara oleh Profesor Madya Teh Yik Koon, pensyarah kriminologi dan sosiologi di Universiti Utara Malaysia, yang tertonjol sebagai pakar tersohor dalam isu ini, mak nyah, yang secara amnya merujuk kepada lelaki transeksual, adalah lelaki mukhannas yang mahukan jantina yang lain dari jantina yang mereka lahir. Ini berbeza dengan kaum khunsa yang pada dasarnya semulajadi mereka ini mempunyai yang dwi jantina.
Diantara ciri-ciri seorang maknyah (lelaki lembut) adalah dari segi kelakuannya yang mana boleh dibezakan melalui percakapan seorang lelaki dan maknyah yang lemah lembut seperti perempuan, terlalu sensitif, kerap ke tandas untuk menambahkan mekap, cukup teliti dalam penjagaan wajah dan kulit kerana disitu terletaknya sumber rezeki mereka ini. Selain itu dari segi kegiatan pula mereka ini selalunya bergerak dalam kumpulan yang sama, berkawan rapat dengan perempuan. Dari cara pemakaian juga mereka ini berpakaian menampakkan ciri keperempuanan dan suka bersolek.
Punca kedua kepada gejala ini adalah berpunca daripada ibu bapa itu sendiri iaitu ayah dan ibu yang mencorakkan anak-anak, ada sesetengah daripada mereka memakaikan pakaian perempuan kepada anak lelaki mereka, membeli aksesori perempuan untuk anak lelaki mereka, melayan anak mereka seolah- olah anak mereka seorang perempuan. Oleh disebabkan keinginan ibu bapa yang membuak-buak untuk mempunyai seorang anak perempuan semasa diawal kandungan dan akhirnya apabila kelahiran didapati anak yang dikandungkan itu adalah lelaki, menyebabkan tindakan mereka dengan memakaikan pakaian perempuan dan barangan keperempuanan menyebabkan naluri perempuan lahir dalam diri anak mereka. Dan lama kelamaan anak mereka berubah kepada perempuan yang sememangnya tidak dapat dikawal lagi. Oleh yang demikian sebagai ibu bapa, mereka perlu bertindak secara rasional dan tidak mengikut perasaan semata-mata yang mana akan membawa padah kepada masa depan anak mereka.
Yang ketiganya adalah berpunca daripada pengaruh golongan tersebut, yang mana berkemungkinan mereka ini mempunyai kenalan yang telah berada dalam gejala tersebut, dan terdapat sesetengah kaum adam yang terjerumus dalam kancah permasalahan, disebabkan tidak mempunyai sahabat lelaki yang boleh berkongsi masalah, sehinggakan mereka mudah dipengaruhi oleh golongan lelaki lembut ini. Disebabkan masalah yang banyak dalam hidup, mereka mengambil jalan mudah dengan menjadi maknyah sebagai penyelesaian masalah yang mereka hadapi.
Selain dari itu juga, didikan agama juga menjadi punca kepada masalah ini iaitu oleh disebabkan ibu bapa kurang menekankan aspek agama dalam didikan anak-anak sehingga hadis yang berbunyi “Nabi Muhammad saw melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki” diketepikan. Ibu bapa yang masing-masing bekerjaya pada masa sekarang kurang memberi penekanan terhadap pengisian rohani dan jasmani anak-anak. Tahap keimanan yang lemah menyebabkan anak-anak dengan mudah terikut dan tertarik dengan kehidupan sebagai maknyah yang mana sentiasa berpakaian cantik dan mewah.
Seterusnya, pengaruh media iaitu industri hiburan yang terlalu banyak memaparkan watak-watak pondan sehingga diterima sebagai perkara normal dalam masyarakat. Oleh yang demikian mereka berpendapat bahawa masyarakat sekarang tidak kisah akan golongan maknyah yang mana kini semakin bertambah dari semasa ke semasa.
Akhir sekali faktor mengapa golongan lelaki mudah terjebak dalam golongan maknyah adalah berkemungkinan kerana putus cinta dengan wanita kesanyangannya. Oleh kerana tekanan dengan masalah cinta mereka ini mengambil jalan mudah dengan menjadi seorang maknyah. Selain dari apa yang terdapat diatas punca seorang lelaki berubah kepada seorang maknyah adalah berpunca dari banyak faktor dan diantaranya seperti apa yang telah dibincangkan ini.
Gejala maknyah yang sedang berleluasa kini menjadi ancaman kepada golongan ibu bapa, remaja dan masyarakat kerana muda mudi masa kini mudah terikut dengan perkara-perkara yang tidak sihat. Gejala ini membawa kesan terhadap individu iaitu keruntuhan nilai moral dan akhlak seseorang kerana jalan yang diambil akhirnya akan membawa padah pada dirinya sendiri. Akhlak seseorang berkait rapat dengan nilai moral yang diterapkan dalam diri yang mana akan menjadi dinding keutuhan akhlak dalam diri seseorang. Tidak kurang juga kesan terhadap sebuah institusi kekeluargaan iaitu dengan adanya gejala seperti ini didalam sebuah keluarga akan mengakibatkan perpecahan berlaku dimana ibu bapa itu sendiri tidak akan dapat menerima apa yang telah berlaku kepada anak mereka. Selain itu gejala maknyah ini juga membawa kesan terhadap masayarakat sekeliling. Merosakkan generasi akan datang dan menganggu aktiviti masyarakat yang kurang selesa dengan kewujudan mereka.
Golongan-golongan maknyah atau lelaki lembut ini juga mudah dijangkiti virus HIV dan Aids dimana mereka mengadakan seks rambang dan melakukannya juga diluar tabii. Oleh sebab demikian mereka adalah penyumbang utama kepada virus HIV dan Aids. Selain itu peningkatan terhadap kegiatan pelacuran juga akan meningkat kerana jika kita lihat sahaja di ibu negara Malaysia iaitu di Kuala Lumpur kawasan utama pelacuran adalah di lorong Haji Taib, dimana setiap malam golongan-golongan maknyah akan berkumpul dan menunggu pelanggan masing-masing. Tanpa segan silunya mereka menarik lelaki-lelaki yang lalu disitu untuk melanggani mereka. Dan akhirnya kesan terhadap negara kita iaitu imej negara sebagai negara islam akan dipandang rendah dan negatif oleh pihak negara lain dan sekaligus akan mengugat kepada sistem pentadbiran negara. Menjadi persoalannya kini bagaimana caranya kita mengawal aktiviti ini dan langkah-langkah yang sepatutnya diambil sebagai pencegahan terhadap gejala yang kurang sihat ini. Diantaranya yang dapat dilakukan oleh pihak negara, masyarakat, ibu bapa dan setiap individu ialah dengan menguatkuasakan undang-undang di dalam negara yang mana mengharamkan aktiviti penukaran jantina walaupun proses penukaran itu tidak dijalankan didalam negara. Seterusnya kita perlu memberi kesedaran dan didikan agama semenjak kecil dan berdakwah kepada mereka yang terjebak supaya golongan ini insaf akan perbuatan yang merugikan mereka itu sendiri. Kita juga perlu memberi dorongan kaunseling terhadap mereka untuk berubah dan kembali ke pangkal jalan. Selain itu juga kita tidak perlu menyisihkan golongan ini, dan sebaliknya kita bertindak sebagai masyarakat yang prihatin dan mengambil peduli terhadap masalah yang dihadapi oleh golongan tersebut. Bagi pihak institusi pengajian pula, perlulah memperketatkan undang-undang institusi dengan membuang golongan ini dari institusi. Dan akhirnya status perkahwinan golongan ini tidak boleh diiktiraf oleh kerajaan bagi mengelakkan perkahwinan sejenis.
Category: Artikel
0 comments