Kes Homoseksual

product 1

Gejala hubungan homoseksual boleh dikategorikan sebagai penyakit mental. Ia juga antara...

Kes Pergaulan Bebas

product 1

Akibat pergaulan bebas, seramai 768 remaja seawal usia 13 tahun, melahirkan anak yang...

Kes Mat Rempit

product 1

Penduduk Gombak dihantui kebimbangan berikutan kegiatan sekumpulan Mat Rempit yang...

DADAH MUSUH NEGARA

GelajaKini | 07:42 | 0 comments


Dadah adalah musuh dan pemusnah kehidupan. Dadah ialah apa-apa juga bahan kimia, samada asli atau tiruan, apabila dimasukkan kedalam tubuh badan secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental. Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkahlaku pengguna apabila digunakan.

Penyalahgunaan dadah adalah penggunaan dadah yang bertentangan dengan kepentingan rawatannya. Hari ini istilah yang lebih sesuai digunakan ialah penyalahgunaan bahan, yang merangkumi alkohol, tembakau, kokain, marijuana (ganja), dadah-dadah perangsang, LSD dan inhalan (bahan yang disedut). Perkataan bahan ini lebih sesuai berbanding dengan penggunaan perkataan dadah kerana dadah merupakan bahan kimia pembuatan. Manakala kebanyakan bahan yang disalahgunakan itu dihasilkan secara semulajadi (seperti candu) yang tidak boleh digunakan oleh manusia (seperti menghidu gam).

         Sebarang dadah boleh digunakan secara sah dari segi perubatan sekiranya ia dipreskripsikan atau diberikan oleh doktor. Contohnya pesakit kanser yang dirawat dengan morfin untuk menghilangkan penderitaan sakit kansernya hingga beberapa tahun, tetapi ia tidak mendatangkan kesan ketagihan padanya.Begitu juga dengan mengambil minuman beralkohol bersama rakan-rakan serta orang dewasa yang merokok diterima secara terbuka oleh masyarakat. Namun begitu, penyalahgunaan dadah lebih ditakrifkan sebagai satu perlakuan yang tidak berfaedah serta tidak diterima oleh masyarakat umum. Penggunaan bahan (samada dadah atau alkohol) untuk mengubahsuai atau mengawal emosi atau keadaan minda secara tidak sah dan membahayakan diri sendiri dan orang lain dianggap sebagai salahguna. Penggunaan steroid anabolik di kalangan atlit dalam jangka masa yang panjang boleh mendatangkan kesan yang merbahaya. Secara amnya kesan-kesan sampingan yang mungkin berlaku termasuklah kemalangan atau kecederaan, pitam, keganasan, pembunuhan dan juga bunuh diri.

         Penyalahgunaan dadah bukan sahaja melibatkan cara tindakan atau fungsi dadah tersebut, ia juga merujuk kepada gangguan fungsi serta maladaptasi yang disebabkan oleh penggunaan yang salah terhadap ubat-ubat tersebut. Otak merupakan organ utama yang mengawal keseluruhan fungsi tubuh, emosi dan tingkah laku normal seseorang itu. Dadah dan alkohol boleh mengganggu fungsi asal otak dan boleh mengakibatkan gangguan di dalam pergaulan dan prestasi kerja serta membawa kepada tindakan memusnah sesuatu. Gangguan fungsi ini dipengaruhi oleh sifat-sifat bahan kimia dan kesannya yang terdapat di dalam dadah yang diambil. Personaliti penagih dadah tersebut memainkan peranan dalam menentukan sama ada mereka telah menyalahgunakan dadah atau tidak.


Jenis-jenis dadah

Sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya.

      Tanpa disedari, kita sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup anda. Ubat-ubatan seperti "paracetamol" dan "antibiotic" membantu menyembuhkan kita sekiranya kita sakit atau tidak sihat. Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali sebagai "caffeine". Akan tetapi, dadah rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan yang bermasalah kepada individu, masyarakat dan negara. Oleh itu, penggunaan bahan minuman dan makanan ini tidak salah di sisi undang-undang. 

      Namun demikian, terdapat beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang pengambilannya kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadah seumpana ini. Jenis dadah seperti seperti kokain, ganja, heroin, syabu dan "ecstasy" diambil untuk mengubah perasaan fikiran anda. Dadah-dadah ini juga dikenali sebagai"dadah yang disalahguna". 

Dadah merujuk kepada sejenis bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut :
  • Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (Otak dan saraf tunjang)
  • Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang
  • Diperoleh secara haram
  • Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah
  • Mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial seseorang.
Dadah boleh dikategorikan kepada beberapa jenis seperti berikut :
  • Opiat dan Opiat sintetik
  • Stimulan
  • Ganja
  • Halusinogen
  • Depresen
  • Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang disalahguna

Faktor-faktor penyalahgunaan dadah

Statistik dan profil penagihan di Malaysia menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada penagih dadah adalah di dalam lingkungan umur antara 15-25 tahun. Sebahagiannya adalah belia-belia yang masih bersekolah sama ada di sekolah kerajaan, swasta ataupun di pusat- pusat pengajian tinggi. Antara faktor-faktor yang mendorong mereka menyalahgunakan dadah adalah kerana :-
  • Keseronokan dan ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencuba-cuba untuk merasainya sendiri.
  • Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya setiap jenis dadah tersebut.
  • Pengaruh rakan, kawan-kawan sebab hendak menyesuaikan dirinya dengan sesuatu kumpulan yang sebaya dengannya.
  • Mencari ketenangan jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah kehidupan.
  • Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya.
  • Untuk menghilangkan kerunsingan yang disebabkan oleh desakan ibu dan bapanya.
  • Tidak menggunakan masa lapangnya dengan melakukan perkara-perkara yang memberi manfaat dan berfaedah.
  • Masalah dan tekanan rumah tangga.
  • Kurang kemesraan di antara ibu bapa dan anak-anak.
  • Keinginan untuk berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi daripada yang termampu olehnya dengan cara menjadi pengedar.
  • Adanya dadah di persekitaran dan kecekapan pengedar- pengedar untuk mempengaruhi pengguna baru.
  • Mengikut tekanan darah mudanya dengan sekehendak hatinya.
  • Kurang pengetahuan Agama dan penghayatan nilai-nilai Agama.

Kesan-kesan penyalahgunaan dadah

1. Kesan Kepada Penagih
  • Penagih akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih, pengedar dan penjenayah.
  • Tidak bertanggungjawap kepada persekolahan dan prestasi kerja.
  • Dari segi fizikal, penagih akan menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kelihatan seperti dalam khayalan.
  • Pitam, pengsan, berperasan ganas, rasa ketagihan berlebihan.
  • Daya tahan penyakit akan menjadi lebih dan mudah dijangkiti seperti kancing gigi, sawan, Hepatitis, Tibi, HIV/Aids dan maut.
2. Kesan Kepada Keluarga
  • Menjatuhkan maruah dan nama baik keluarga.
  • Membebankan keluarga penagih kerana menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya.
  • Rumah tangga menjadi porak peranda.
  • Berlaku perceraian dan keganasan rumah tangga di kalangan anggota keluarga.
  • Berlaku perselisihan dan pergaduhan dalam rumah tangga atau keluarga.
  • Keluarga akan dicemuh dan dipandang serong oleh masyarakat sekeliling.
  • Masyarakat akan menyalahkan ibu bapa kerana tidak pandai mendidik anak-anak.
3. Kesan Kepada Masyarakat
  • Mengancam ketenteraman awam dengan kejadian jenayah seperti rompakan dan pembunuhan.
  • Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan remaja dan belia dengan dadah.
  • Persengketaan dan perselisihan antara masyarakat berlaku akibat penglibatan anggota masyarakat dengan dadah.
  • Masyarakat akan hidup dalam ketakutan kerana penagih berada di mana sahaja yang akan membahayakan keamanan tempat tinggal mereka.
4. Kesan Kepada Negara

Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah penyalahgunaan dadah yang berterusan. Kos tersebut termasuklah:-
  • Kehilangan dan kerugian akibat pengurangan daya pengeluaran ekonomi.
  • Kos bagi menyediakan khidmat rawatan dan pemulihan penagih dadah.
  • Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan.
  • Kos kerana kerugian akibat daripada aktiviti jenayah yang berlaku.
  • Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasaan seperti menambah bilangan anggota polis, kakitangan jabatan penjara, mahkamah, hospital dan sebagainya.
  • Kos kerugian tenaga dan modal insan yang kebanyakkan terlibat dalam penagihan dadah daripada golongan remaja dan belia.

TANDA-TANDA DAN KESAN-KESAN PENAGIHAN DADAH

Tanda-tanda penagihan dadah pada umumnya boleh dilihat melalui beberapa perubahan tertentu seperti paras rupa, sikap, tabiat dan tingkah laku. Beberapa tanda umum boleh dilihat berkaitan dengan kegiatan penangihan dadah adalah :
  • Kemerosotan kehadiran di sekolah atau tempat kerja, mutu kerja, disiplin dan hasil kerja.
  • Meradang tidak tentu sebab, selalu menguap dan tidak bermaya.
  • Mengelakkan diri daripada tanggungjawab.
  • Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri.
  • Tabiat suka menyembunyikan apa-apa yang dilakukan atau dimiliki.
  • Hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca-kaca dan berair atau mata yang redup dan kuyu.
  • Parut dan bekas suntikan di lengan dan di hujung jari bertukar warna akibat menghisap ganja.
  • Berdampingan dengan mereka yang diketahui menagih dadah.
  • Meminta wang secara berlebihan daripada keluarga.
  • Suka meminjam daripada kawan-kawan atau mencuri barang- barang yang mudah dijual dari rumah, sekolah, tempat kerja, saudara mara atau kaum keluarga.
  • Selalu mengunjungi tempat-tempat terpencil tanpa sebab seperti stor, bilik kecil, tingkat bawah bangunan dengan tujuan untuk mengambil dadah.

Cara mengatasi penyalahgunaan dadah dari sudut psikologi

  1. Melalui peranan ibu bapa – ibu bapa haruslah memberi perhatian , kasih sayang dan bimbingan kepada anak-anak mereka sama ada yang kanak-kanak atau pun remaja. Sekiranya ibu bapa tidak memberi kasih sayang atau perhatian yang secukupnya kepada anak-anak, maka mereka akan mencari kasih sayang dari orang lain seperti rakan-rakan mereka.
  2. Melalui peranan sekolah – Mewujudkan sekolah bebas dadah dengan mengadakan pendidikan pencegahan dadah secara komprehensif melalui kurikulum dan kokorikulum di sekolah atau institusi pengajian tinggi, latihan guru dan penglibatan ibu bapa.
  3. Melalui peranan masyarakat – Dalam mencegah masalah dadah ini, masyarakat juga perlu melibatkan diri secara sukarela. Antaranya mengadakan program kesedaran seperti GEMPADAH (gempur dadah), Hari Anti Dadah Kebangsaan, ujian air kencing, program belia wawasan, Kelab PROSTAR, program bersama kementerian balia dan sukan, forum perdana, pameran dan tayangan video.
  4. Melalui tanggungjawab diri sendiri – Remaja perlu mengawal diri serta didedahkan oleh ibu bapa, sekolah dan masyarkat tentang bahaya dadah. Perhatian semua pihak membolehkan remaja berkeyakinan dan kekuatan diri dalam menempuh kehidupan yang banyak dugaan dan cabaran yang harus dilalui. Remaja juga perlu bijak memilih kawan yang baik.
  5. Melalui perlaksanaan undang-undang – Undang-undang dadah di Malaysia meliputi aspek-aspek pencegahan hinggalah pemulihan. Lima undang-undang utama yang berkaitan dadah ialah Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta racun 1952, Akta Rawatan/Pemulihan 1983 pindaan 1998, Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakkan Harta) 1988, Akta Langkah-langkah Pencegahan khas 1985.

    KESIMPULAN

    Secara ringkasnya, cara yang paling biasa digunakan untuk mencegah penagih dari mengulangi tabiat mereka adalah melalui pemantauan yang kerap dan berterusan, kaunseling, dorongan keluarga dan manipulasi sekitaran. Ini kemudiannya diikuti dengan mencegah mereka dari bergaul semula dengan rakan-rakan lama mereka yang turut sama terlibat dan juga mencegah mereka daripada memperolehi bekalan dadah dengan mudah. Memantau perkembangan individu yang terlibat adalah amat penting.

    Islam amat menitikberatkan mengenai kesejahteraan hidup umatnya. Dalam banyak perkara, keutamaan terhadap keimanan seseorang adalah menjadi tunjang utama untuk mencapai kesejahteraan dan kebahagiaan hidup. Jelaslah syariat Islam diturunkan adalah untuk memelihara kewujudan ummah dengan memelihara perkara-perkara asas iaitu jiwa, akal, keturunan, agama, kehormatan di samping mengharamkan segala yang boleh merosakkannya. Insya Allah, kita semua akan dijauhi dari bahaya dadah ini.

    Category:

    Vk bhardwaj: My name is vikas . I'm administrator of Www.BestTheme.Net.This blog was opened for Demo test .

    0 comments

    Related Posts with Thumbnails