Kes Homoseksual

product 1

Gejala hubungan homoseksual boleh dikategorikan sebagai penyakit mental. Ia juga antara...

Kes Pergaulan Bebas

product 1

Akibat pergaulan bebas, seramai 768 remaja seawal usia 13 tahun, melahirkan anak yang...

Kes Mat Rempit

product 1

Penduduk Gombak dihantui kebimbangan berikutan kegiatan sekumpulan Mat Rempit yang...

ARAK DURJANA!

GelajaKini | 10:12 | 0 comments

DEFINISI ARAK

Definisi arak sebenarnya ialah: Sesuatu yang mengandungi alkohol yang memabukkan dan dikenali juga dengan panggilan minuman keras.
Penjelasan di atas tidak boleh diterima kerana semua arak memanglah mengandungi alkohol dalam kadar peratus yang berbeza disamping ia juga mengandungi air, glukos, vitamin dan garam mineral. Semua arak mengandungi alkohol dari jenis ethyl alkohol atau pun nama lainnya etanol tetapi etanol semata-mata adalah bukan arak kerana tidak ada pun arak yang terdiri semata-mata hanya etanol. Tambahan pula etanol selain boleh dihasilkan dari proses penapaian ragi / yis , ia juga boleh dihasilkan di dalam makmal tanpa melibatkan langsung proses penapaian.

Secara umumnya, arak boleh di kategorikan kepada:

   1. Bir mengandungi 6% alkohol etanol
   2. Wain yang mengandungi 10-20% alkohol etanol
   3. Wiski yang mengandungi 35% alkohol etanol


Apa yang diharamkan oleh Islam adalah arak yang mana arak ini terdiri daripada air, karbohidrat (glukos), mineral, vitamin dan etanol iaitu sejenis alkohol.

Sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Muslim, daripada Ibn Umar mafhumnya:

“Daripada Ibn Umar, sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda; semua yang memabukkan adalah arak, dan semua yang memabukkan adalah haram”. 


FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MINUM ARAK

Minuman keras diambil oleh orang daripada semua peringkat umur termasuklah remaja. Tabiat minum minuman keras dalam kalangan ahli masyarakat dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Antara faktor yang mendorong pengambilan minuman beralkohol menurut adalah minuman tersebut mudah diperolehi di kedai kopi, kedai runcit, kedai runcit moden yang dibuka 24 jam, pasar raya dan di ladang-ladang. Syarikat besar yang menjual minuman keras bertaraf antarabangsa membuat iklan yang agresif mempromosi minuman tersebut, juga mempengaruhi peningkatan pengambilan minuman beralkohol. Di Malaysia, pengiklanan minuman keras secara langsung tidak dibenarkan dalam media. Namun pengiklanan dibenarkan di panggung wayang, dalam kaset video dan media cetak. Penajaan oleh syarikat pengeluar dan penjual minuman keras dibenarkan dan terdapat pelbagai taktik yang digunakan oleh industri minuman keras untuk memasarkan minuman tersebut di Malaysia. Syarikat pengeluar minuman keras juga dikatakan menggunakan sukan, movie dan konsert rock dalam bentuk penajaan untuk memperkenalkan jenama mereka kepada remaja.


KESAN MINUM ARAK DAN ALKOHOL

Alkohol bukan sahaja boleh memabukkan, tetapi juga mampu memudaratkan kesihatan diri sekiranya diamalkan berterusan. Ia umpama kombinasi dadah dan racun kepada badan kita. Malahan hampir setiap agama di dunia ini turut melarang tabiat tersebut di kalangan para penganutnya. Kesan ketagihan akibat meminum alkohol bukannya bergantung kepada jenis alkohol tetapi jumlah yang diminum pada satu-satu masa.

Pada dasarnya terdapat dua kesan yang ketara pada penagih alkohol iaitu kesan jangka pendek dan jangka panjang. Kesan jangka pendek pengambilan alkohol lebih kurang satu botol besar menjadikan seseorang itu kurang daya koordinasi seperti tidak boleh berjalan dengan betul dan tidak boleh membuka pintu. Dalam masa yang singkat ini juga boleh menyebabkan hangover. Hangover lazimnya disebabkan oleh keracunan alkohol, bahan lain dalam alkohol dan tindak balas ketagih alkohol.



Tanda-tanda lebihan alkohol termasuklah sakit kepala, loya, muntah, cirit birit, gangguan pergerakan usus dan menggeletar selama 8 – 12 jam kemudian Kesan jangka panjang akan dirasai selepas meminumnya selama beberapa bulan atau tahun. Kesan utama adalah seperti sakit jantung, hati atau penyakit dalam perut. Bila situasi ini berlaku mereka akan kurang selera makan, kekurangan vitamin, jangkitan penyakit, mati pucuk atau kekurangan haid. Kematian yang awal adalah lebih kerap pada orang yang kuat minum, terutamanya daripada sakit jantung atau hati, radang paru-paru, kanser, keracunan alkohol yang teruk, kemalangan, pembunuhan dan pembunuhan diri.


CARA UNTUK MENGATASI PENGAMBILAN ARAK

Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasi masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukan moral yang baik. Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. kepada.

Selain itu cara untuk mengatasi masalah minum arak ialah dengan menangani tekanan dan masalah yang di hadapi. Biasanya peminum arak mengambil jalan yang pintas untuk melepaskan tekanan, bagi mereka dengan minum arak masalah dan tekanan yang dihadapi dapat diselesaikan. Pada hakikatnya dengan minum arak masalah tidak dapat diselesaikan, malahan akan bertambah lagi masalah yang di hadapi.

Mengamalkan cara hidup yang sihat seperti mengadakan aktiviti kemasyarakatan dan riadah dapat membantu masalah minum arak dengan mengadakan aktiviti kemasyarakatan seperti menjadi sukarelawan di rumah anak yatim atau rumah kebaikan dapat memenuhi masa yang terluang daripada melakukan aktiviti yang tidak sihat.

Pihak berkuasa perlu mengadakan kempen membanteras minum arak di kalangan masyarakat di negara ini. Kempen dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kesan negatif pengambilan arak berlebihan. Pihak berkuasa perlu mengehadkan penjualan arak di kawasan yang terbuka seperti kedai runcit, pasar raya, kedai kopi dan sebagainya bagi mengurangkan pengambilan minuman arak. Dengan kerjasama pihak berkuasa masalah gejala minum arak dalam masyarakat kita dapat di kurangkan. Kerajaan juga perlu menguatkuasakan undang-undang dengan mengadakan denda yang tinggi kepada masyarakat yang minum arak di kawasan terbuka.


KESIMPULAN

Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan, tetapi apa yang lebih penting: ibu bapa mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mengatasi gejala minum arak dengan memberi didikan agama yang secukupnya dan mendedahkan kepada anak-aak tentang keburukan pengambilan arak. Arak memberi anyak memberi kesan yang negetif kepada peminum. Jauhilah daripada pengambilan minum arak.

Category:

Vk bhardwaj: My name is vikas . I'm administrator of Www.BestTheme.Net.This blog was opened for Demo test .

0 comments

Related Posts with Thumbnails