APA ITU HOMOSEKSUAL?
Perkataan homoseksual diterjemah secara harafiah adalah "sama jantina" yang merupakan gabungan prefiks Yunani homo- bererti "sama" dan asas Latin sex- bererti "seks." Istilah homosexual pertama kali diterbitkan secara bercetak dalam pamplet Jerman yang diterbitkan pada 1869 secara tanpa nama yang ditulis oleh novelis Karl-Maria Kertbeny, kelahiran Austria.
Pengalaman /trauma di alam kanak-kanak Contohnya: Dikasari oleh ibu/bapa sehingga si anak beranggapan semua lelaki/perempuan bersikap kasar, bengis dan panas baran yang memungkinkan si anak berasa benci pada golongan itu. Predominan dalam pemilihan identiti iaitu melalui hubungan yang renggang dengan ibu bapa
Contohnya: Bersangkutan dengan pergaulan dan keadaan sekeliling. Keluarga yang terlalu mengongkong anaknya. Bapa yang kurang menunjukkan kasih sayang kepada anaknya.Hubungan yang terlalu rapat dengan ibu sementara renggang dengan bapa.Kurang menerima pendedahan yang betul tentang seks dari kecil.
Mengikut pendapat ini, homoseksual bukanlah dibawa dari lahir tetapi terbina melalui pengalaman, seperti kompleks dalam keadaan hidup dan pengaruh keadaan semasa bayi, kanak-kanak, remaja dan awal dewasa.
Homoseksual adalah keadaan pernyataan perasaan yang semulajadi menyebabkan seseorang itu mempunyai nafsu terhadap kaum sejenis. Perasaan dan nafsu tersebut terhasil disebabkan oleh bahan kimia dan hormon yang dikeluarkan dalam badan (luar kawalan). Pendapat ini masih lagi dalam dibincangkan dan tidak dapat dibuktikan secara menyeluruh oleh pakar dalam bidang ini.
Terdapat juga teori bahawa aturan kelahiran menentukan sama ada seseorang homoseksual atau tidak. Suatu kajian oleh Ray Blanchard memperolehi data bahawa semakin bongsu seseorang anak, semakin besar kemungkinan dia homoseksual. Alasan-alasan di belakang pemerhatian ini belum ditentukan. Ianya dipercayai bahawa dengan setiap kehamilan, badan ibu mempunyai lebih hormon androgen yang boleh mempengaruhi orientasi seksual seseorang anak. Alasan ini disokong oleh pemerhatian bahawa hanya anak-anak lelaki yang lebih bongsu, dan bukan anak-anak perempuan yang lebih bongsu, yang menunjukkan kemungkinan yang lebih besar untuk menjadi homoseksual. Alasan sosial bahawa adik-adik bongsu mungkin dipengaruhi oleh abang-abang mereka disangkal kerana apabila eksperimen ini dijalankan dengan anak-anak angkat, kemungkinan anak-anak angkat merupai homoseksual tidak menjadi semakin besar.
4. Dorongan individu
Rentetan dari proses pembelajaran sewaktu kecil.Berkurangnya rasa kepercayaan terhadap ibu dan saudara perempuan (lesbian) dan sebaliknya (gay) Kurang percaya pada potensi seksual yang ada pada diri sendiri. Selain itu tarikan individu terhadap homoseksual, menjadi keinginan perasaan yang menyetujui untuk mendominasi hawa nafsu. Harga diri tidak boleh diperolehi dari hubungan lain. Ketakutan pada kaum bertentangan jenis menyebabkan tindak-balas erotik yang pasif.
Sekiranya individu merasakan pengalaman homoseksual pertama menyeronokkan, individu akan meneruskan aktiviti homoseksual secara berterusan. Pendedahan berleluasa terhadap aktiviti homoseksual akan membuatkan individu semakin selesa dengan situasi sedemikian.
Terdapat beberapa peringkat homoseksual:
Juga dikenali sebagai CLOSET. Bermula sebagai ‘Homoseksual Sulit’.Individu homoseksual yang menjalani kehidupannya dengan berpura-pura seperti orang lain, tidak bahagia dan tertekan oleh polisi sosial yang diterima oleh masyarakat. Individu homoseksual ini cuba menyesuaikan diri (accommodate) dengan norma-norma masyarakat dalam masa yang sama melakukan kegiatan homoseksual secara rahsia.
Pernyertaan dan eksperesi diri kepada masyarakat. Individu ini memberi respon terhadap masyarakat heteroseksual dengan menonjolkan kehidupan homoseksual. Menerima hakikat bahawa diri lebih berminat kepada kaum sejenis.
Kemampuan untuk berkongsi perasaan sebagai homoseksual pada keluarga dan rakan-rakan.Mewujudkan perhubungan yang lebih stabil dan berjangka sederhana atau panjang
2. Tahap Perkongsian Kedua
Menilai secara terperinci akan kebaikan dan keburukan perkongsian secara terbuka. Bersedia untuk menerima sebarang akibat. Apabila diterima, ini akan membina percaya diri dan memberi kesan positif dan sekira sebaliknya. Ia akan memberi kesan yang negatif.
4. KOMUNITI HOMOSEKSUAL
Kelompok homoseksual akan berkumpul sesama sendiri dan membentuk sebuah masyarakat yang mahu menerima mereka seadanya. Di sini mereka diterima, diperlakukan seadilnya dan berkongsi bersama-sama pengalaman dan memahami antara satu sama lain.
Perspektif-perspektif di bawah harus diterima hanya sebagai pandangan majoriti, tetapi tidak semestinya sebagai pandangan yang betul.
Keruntuhan Moral dan Tamadun
• Memusnahkan kekuatan moral masyarakat
Penekanan diberikan pada golongan homoseksual yang melakukan hubungan seksual di luar tabi’i. Dipercayai aktiviti sedemikian mencacatkan sahsiah budaya dan kesatuan masyarakat
• Tidak perlu diberi hak-hak istimewa
Golongan ini sering dikaitkan dengan sesuatu yang tidak normal, berkaitan dengan tingkahlaku syaitan dan tidak layak menerima apa-apa hak dari masyarakat. Mereka sering dipinggirkan tanpa penjelasan yang kukuh
• Mencerminkan kemunduran masyarakat
Apabila masyarakat menjadi terlalu terbuka, segala perbuatan yang di luar tabi’I manusia akan timbul dan ini menjadi faktor penggalak pada keruntuhan sahsiah masyarakat. Masalah keruntuhan akhlaK akan berleluasa
• Pembunuh institusi kekeluargaan
Masyarakat akan menjadi tidak sihat dan unsur-unsur negatif akan disalurkan dalam institusi kekeluargaan homoseksual. Ini mengurangkan populasi naturan dalam masyarakat.
• Penyakit Sosial
Mereka dipertanggungjawab terhadap gelaja kurang sihat dan kepelbagaian masalah kesihatan seperti AIDS dan STD. Walaupun jangkitan AIDS dan STD disebabkan oleh pelbagai faktor, tetapi golongan homoseksual sering dijadikan penyebab utama.
Diskriminasi
Sering dianaktirikan dalam pelbagai aspek.
Tidak ramai golongan homoseksual yang memegang jawatan tinggi di mana-mana jabatan, yang berani untuk menonjolkan diri pada masyarakat, yang mampu pertahankan kelebihan yang ada pada diri dan sebagainya. Disebabkan pandangan masyarakat, kebolehan dan kelebihan yang ada pada diri mereka tidak diiktiraf.
LANGKAH MENGATASI / MENANGANI / MEMBENDUNG:
1. Peranan intitusi kekeluargaan.
• Hubungan kekeluargaan - Ibu bapa ubah paradigma/cara berfikir untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan tidak terlalu mengongkong/terlalu memanjakan akan-anak – kebebasan yang diberikan perlu ada batasan.
• Meluangkan masa dengan anak-anak – mendengar masalah mereka – menjadi sahabat mereka – membawa keluarga bercuti – melakukan aktiviti yang menarik bersama keluarga dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.
• Ibu bapa perlu mengenali rakan anak-anak remaja mereka - jika perlu, sesekali meminta anak -anak supaya membawa rakan-rakan mereka ke rumah supaya dapat mengetahui latar belakang dan tingkah laku kawan kawannya– memberikan nasihat jika ibu bapa mendapati kawan -kawan anak mereka mencurigakan dan dapatmembawa masalah pada kemudian hari.
• Pendidikan agama - Menerapkan didikan agama dan nilai -nilai murni dalam keluarga – sejak anak-anak masih kecil - dapat membantu anak-anak terjebak ke kancah gejala sosial – mempunyai benteng keimanan yang kukuh.
• Sentiasa prihatin dengan perubahan sikap anak-anak antaranya cara berpakaian/pertuturan/fizikal – menasihati anak-anak dengan cara berhemah dan tidak memarahi secara melulu jika anak -anak telah berubah ke arah yang tidak sihat. Ini akan menyebabakan anak-anak akan memberontak dan akan mengakibatkan mereka lari daripada rumah dan sebagainya.
• Menjadi model kepada anak-anak – menunjukkan teladan yang baik pada anak-anak supaya anak-anak akan berkelakuan seperti ibu bapanya– pendidikan bermula dari rumah - bapa borek, anak rintik/ ke mana jatuhnya kuah, kalau tidak ke nasi/bagaimana acuan, begitulah kuihnya.
• Ibu bapa perlu sentiasa menambahkan ilmu /kemahiran mendidik anak-anak/menjadi ibu bapa cemerlang. Contohnya ibu bapa perlulah mengikuti Seminar Keibubapaan. Dengan ilmu yang ada dapat menangani segala masalah anak -anak muda zaman sekarang dengan bijak.
2. Peranan masyarakat.
• Memberi sokongan padu terhadap semua program yang dianjurkan oleh kerajaan- tidak memandang remeh segala kempen anjuran kerajaan. Masyarakat perlulah sama-sama turut serta untuk member sokongan kepada remaja-remaja yang terjebak dengan masalah sosial. Mereka tidak sepatutnya memberikan pelbagai alasan untuk lari dari tanggungjawab mereka untuk memberi sokongan kepada mereka yang bermasalah. Tiada alasan sibuk atau banyak kerja.
• Membantu membimbing remaja yang tersalah langkah – tidak mengamalkan sikap mementingkan diri sendiri kerana beranggapan mereka bukan ahli keluarga sendiri – bersikap seperti enau dalam belukar , melepaskan pucuk masing-masing– mereka mungkin dapat mempengaruhi anak-anak kita – “jangan sudah terhantuk, baru terngadah” / “nasi sudah menjadi bubur”.
• Menerima kembali remaja yang telah insaf dengan hati terbuka. “bumi mana tidak ditimpa hujan” . Tidak memandang hina atau memulaukan mereka. Memberikan peluang untuk mereka berubah. Selain itu berilah pekerjaan atau kepercayaan kepada mereka supaya mereka tidak kembali melakukan kegiatan lalu.
• Mengaktifkan atau menubuhkan Rukun Tetangga (RT) di kawasan tempat tinggal. RT merupakan satu program sukarela yang bertujuan untuk membantu dalam pembangunan masyarakat setempat di Malaysia. Selain itu peranan utama RT adalah untuk menganjurkan kumpulan-kumpulan rondaan yang bertugas pada waktu malam untuk mengurangkan kegiatan jenayah di sekitar kawasan kejiranan – anggota kumpulan rondaan biasanya dianggotai oleh ahli-ahli masyarakat di kawasan kejiranan tersebut. Jika RT aktif menjalankan rondaan, gejala sosial dapat dikurangkan.
3. Peranan sekolah.
• Pihak sekolah mengenal pasti pelajar bermasalah disiplin ini adalah kerana untuk memantau kelakuan mereka di sekolah atau di luar sekolah. Jika ada remaja yang mempunyai masalah displin di sekolah, pohak sekolah perlulah memberikan khidmat kaunseling kepada pelajar tersebut. Pihak sekolah juga perlulah memberikan sokongan moral kepada pelajar yang bermasalah dengan cara mengadakan kem motivasi kepada mereka.
• Pihak sekolah juga haruslah sentiasa memaklumkan kes salah laku kepada ibu bapa mereka. Perbincangan antara pihak sekolah dan ibu bapa diadakan untuk komunikasi dua hala antara ibu bapa dan pihak sekolah. Ini dapat mengelakkan salah faham antara pihak sekolah dengan ibu bapa. Selain itu juga penyelesaian dapat ditentukan.
• Pelajar yang bermasalah perlulah diberikan hukuman berbentuk kerja amal seperti memcuci tandas, gotong-royong dan sebagainya. Selain itu juga dapat mengurangkan hukuman berbentuk fizikal yang boleh mengelakkan pelajar terlalu tertekan dan memberontak selain itu juga dapat mengurangkan kadar keciciran kerana diberhentikan atau berhenti sekolah.
• Menggalakkan pelajar menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah atau memenuhi masa dengan berfaedah contohnya menimba pengalaman untuk bekerjasama,memimpin dan bertoleransi.
4. Peranan media massa.
• Media massa sebagai wahana menyampaikan informasi terkini berhati -hati memilih bahan yang ingin ditayangkan atau diterbitkan. Remaja tidak perlulah terlalu bersikap terbuka dengan memilih bahan -bahan dari luar negara.
• Mengutamakan bahan yang bermutu tidak memilih bahan atau rancangan yang diimport dari Barat. Lebih sensitive dengan norma-norma masyarakat timur.
• Tidak mementingkan keuntungan semata-mata tidak mementingkan rancangan atau bahan yang berbentuk komersial sahaja. Mengehadkan rancangan yang bercorak hiburan. Pihak media masa perlu juga menyelitkan rancangan atau bahan yang berunsurkan pendidikan dan ilmiah
5. Peranan kerajaan.
• Melancarkan pelbagai kempen/program untuk pembangunan masyarakat, keluarga dan remaja.
• Kempen Antibuli/Hari Tanpa Tembakau/Rumahku, Syurgaku/P rogram Rakan Muda/Program Latihan Khidmat Negara(PLKN) /Kempen Antidadah dapat mengurangkan masalah social dalam kalangan remaja. Melalui kempen ini, remaja mendapat penerangan yang jelas tentang sesuatu isu( dadah/buli/AIDS). Program Rakan Muda mendedahkan remaja dengan cara hidup yang sihat / remaja dilatihan untuk berdisiplin menerusi PLKN.
Category: Artikel
0 comments