Kes Homoseksual

product 1

Gejala hubungan homoseksual boleh dikategorikan sebagai penyakit mental. Ia juga antara...

Kes Pergaulan Bebas

product 1

Akibat pergaulan bebas, seramai 768 remaja seawal usia 13 tahun, melahirkan anak yang...

Kes Mat Rempit

product 1

Penduduk Gombak dihantui kebimbangan berikutan kegiatan sekumpulan Mat Rempit yang...

haaa ni la salah satu gambar yg mendatangkan seribu makna pada diri ku inii..padahal org lain yang dok men snap!

Homoseksual adalah lelaki atau wanita yang jatuh cinta dengan seseorang dari jantina yang sama tapi tak semestinya melakukan hubungan seks dengan mereka. Rakan-rakan atau saudara mara homoseksual mungkin tidak bersedia untuk berkongi kecenderungan seks mereka dengan yang tersayang kerana takut dibuang keluarga atau dihakimi. Mereka mungkin menderita dalam diam. Homoseksualiti bukanlah satu penyakit. Rakan-rakan pondan kita mungkin orang yang paling disalah ertikan dalam satu kumpulan. Masyarakat kita juga kini lebih bersifat terbuka dalam menerima homoseksual.

Perkataan homoseksual diterjemah secara harafiah adalah "sama jantina" yang merupakan gabungan prefiks Yunani homo- bererti "sama" dan asas Latin sex- bererti "seks." Istilah homosexual pertama kali diterbitkan secara bercetak dalam pamplet Jerman yang diterbitkan pada 1869 secara tanpa nama yang ditulis oleh novelis Karl-Maria Kertbeny, kelahiran Austria. 


FAKTOR-FAKTOR TERJEBAK
 
1.    Keluarga
Pengalaman /trauma di alam kanak-kanak Contohnya: Dikasari oleh ibu/bapa sehingga si anak beranggapan semua lelaki/perempuan bersikap kasar, bengis dan panas baran yang memungkinkan si anak berasa benci pada golongan itu. Predominan dalam pemilihan identiti iaitu melalui hubungan yang renggang dengan ibu bapa
 

2.    Persekitaran
Contohnya: Bersangkutan dengan pergaulan dan keadaan sekeliling. Keluarga yang terlalu mengongkong anaknya. Bapa yang kurang menunjukkan kasih sayang kepada anaknya.Hubungan yang terlalu rapat dengan ibu sementara renggang dengan bapa.Kurang menerima pendedahan yang betul tentang seks dari kecil.

Mengikut pendapat ini, homoseksual bukanlah dibawa dari lahir tetapi terbina melalui pengalaman, seperti kompleks dalam keadaan hidup dan pengaruh keadaan semasa bayi, kanak-kanak, remaja dan awal dewasa.
 

3.    Biologi
Homoseksual adalah keadaan pernyataan perasaan yang semulajadi menyebabkan seseorang itu mempunyai nafsu terhadap kaum sejenis. Perasaan dan nafsu tersebut terhasil disebabkan oleh bahan kimia dan hormon yang dikeluarkan dalam badan (luar kawalan). Pendapat ini masih lagi dalam dibincangkan dan tidak dapat dibuktikan secara menyeluruh oleh pakar dalam bidang ini.

Terdapat juga teori bahawa aturan kelahiran menentukan sama ada seseorang homoseksual atau tidak. Suatu kajian oleh Ray Blanchard memperolehi data bahawa semakin bongsu seseorang anak, semakin besar kemungkinan dia homoseksual. Alasan-alasan di belakang pemerhatian ini belum ditentukan. Ianya dipercayai bahawa dengan setiap kehamilan, badan ibu mempunyai lebih hormon androgen yang boleh mempengaruhi orientasi seksual seseorang anak. Alasan ini disokong oleh pemerhatian bahawa hanya anak-anak lelaki yang lebih bongsu, dan bukan anak-anak perempuan yang lebih bongsu, yang menunjukkan kemungkinan yang lebih besar untuk menjadi homoseksual. Alasan sosial bahawa adik-adik bongsu mungkin dipengaruhi oleh abang-abang mereka disangkal kerana apabila eksperimen ini dijalankan dengan anak-anak angkat, kemungkinan anak-anak angkat merupai homoseksual tidak menjadi semakin besar.


4.    Dorongan individu
Rentetan dari proses pembelajaran sewaktu kecil.Berkurangnya rasa kepercayaan terhadap ibu dan saudara perempuan (lesbian) dan sebaliknya (gay) Kurang percaya pada potensi seksual yang ada pada diri sendiri. Selain itu tarikan individu terhadap homoseksual, menjadi keinginan perasaan yang menyetujui untuk mendominasi hawa nafsu. Harga diri tidak boleh diperolehi dari hubungan lain. Ketakutan pada kaum bertentangan jenis menyebabkan tindak-balas erotik yang pasif.
 

5.    Aktiviti seksual
Sekiranya individu merasakan pengalaman homoseksual pertama menyeronokkan, individu akan meneruskan aktiviti homoseksual secara berterusan. Pendedahan berleluasa terhadap aktiviti homoseksual akan membuatkan individu semakin selesa dengan situasi sedemikian.


PERINGKAT HOMOSEKSUAL
Terdapat beberapa peringkat homoseksual:
 
1.    TERAHSIA
Juga dikenali sebagai CLOSET. Bermula sebagai ‘Homoseksual Sulit’.Individu homoseksual yang menjalani kehidupannya dengan berpura-pura seperti orang lain, tidak bahagia dan tertekan oleh polisi sosial yang diterima oleh masyarakat. Individu homoseksual ini cuba menyesuaikan diri (accommodate) dengan norma-norma masyarakat dalam masa yang sama melakukan kegiatan homoseksual secara rahsia.
 

2.    PENDEDAHAN AWAL
Pernyertaan dan eksperesi diri kepada masyarakat. Individu ini memberi respon terhadap masyarakat heteroseksual dengan menonjolkan kehidupan homoseksual. Menerima hakikat bahawa diri lebih berminat kepada kaum sejenis.


3.    PERKONGSIAN
1. Tahap Perkongsian Pertama
Kemampuan untuk berkongsi perasaan sebagai homoseksual pada keluarga dan rakan-rakan.Mewujudkan perhubungan yang lebih stabil dan berjangka sederhana atau panjang

2. Tahap Perkongsian Kedua
Menilai secara terperinci akan kebaikan dan keburukan perkongsian secara terbuka. Bersedia untuk menerima sebarang akibat. Apabila diterima, ini akan membina percaya diri dan memberi kesan positif dan sekira sebaliknya. Ia akan memberi kesan yang negatif.

4.    KOMUNITI HOMOSEKSUAL
Kelompok homoseksual akan berkumpul sesama sendiri dan membentuk sebuah masyarakat yang mahu menerima mereka seadanya. Di sini mereka diterima, diperlakukan seadilnya dan berkongsi bersama-sama pengalaman dan memahami antara satu sama lain.



 

PERSPEKTIF MASYARAKAT ATAU KESAN HOMOSEKSUAL 

Perspektif-perspektif di bawah harus diterima hanya sebagai pandangan majoriti, tetapi tidak semestinya sebagai pandangan yang betul.
Keruntuhan Moral dan Tamadun

•    Memusnahkan kekuatan moral masyarakat
Penekanan diberikan pada golongan homoseksual yang melakukan hubungan seksual di luar tabi’i. Dipercayai aktiviti sedemikian mencacatkan sahsiah budaya dan kesatuan masyarakat

•    Tidak perlu diberi hak-hak istimewa
Golongan ini sering dikaitkan dengan sesuatu yang tidak normal, berkaitan dengan tingkahlaku syaitan dan tidak layak menerima apa-apa hak dari masyarakat. Mereka sering dipinggirkan tanpa penjelasan yang kukuh

•    Mencerminkan kemunduran masyarakat
Apabila masyarakat menjadi terlalu terbuka, segala perbuatan yang di luar tabi’I manusia akan timbul dan ini menjadi faktor penggalak pada keruntuhan sahsiah masyarakat. Masalah keruntuhan akhlaK akan berleluasa


•    Pembunuh institusi kekeluargaan
Masyarakat akan menjadi tidak sihat dan unsur-unsur negatif akan disalurkan dalam institusi kekeluargaan homoseksual. Ini mengurangkan populasi naturan dalam masyarakat.
 
Penyakit Wabak

•    Penyakit Sosial
Mereka dipertanggungjawab terhadap gelaja kurang sihat dan kepelbagaian masalah kesihatan seperti AIDS dan STD. Walaupun jangkitan AIDS dan STD disebabkan oleh pelbagai faktor, tetapi golongan homoseksual sering dijadikan penyebab utama.
 

Diskriminasi
 

Sering dianaktirikan dalam pelbagai aspek.
 
Budaya: Kegiatan harian (walaupun sama seperti orang lain) tidak dapat diterima oleh masyarakat. Dianggap janggal setiap kali melakukan sesuatu tugas walau tidak berkaitan dengan identiti homoseksual atau hetroseksual 

Sosial : Dianggap sebagai ‘orang asing’ dan tidak mendapat layanan seperti orang lain sering dilihat sebagai ‘pelik’ dan tidak dapat diterima dalam kegiatan luar.

Tidak ramai golongan homoseksual yang memegang jawatan tinggi di mana-mana jabatan, yang berani untuk menonjolkan diri pada masyarakat, yang mampu pertahankan kelebihan yang ada pada diri dan sebagainya. Disebabkan pandangan masyarakat, kebolehan dan kelebihan yang ada pada diri mereka tidak diiktiraf.


LANGKAH MENGATASI / MENANGANI / MEMBENDUNG:

1. Peranan intitusi kekeluargaan.

•    Hubungan kekeluargaan - Ibu bapa ubah paradigma/cara berfikir untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan tidak terlalu mengongkong/terlalu memanjakan akan-anak – kebebasan yang diberikan perlu ada batasan.

•    Meluangkan masa dengan anak-anak – mendengar masalah mereka – menjadi sahabat mereka – membawa keluarga bercuti – melakukan aktiviti yang menarik bersama keluarga dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

•    Ibu bapa perlu mengenali rakan anak-anak remaja mereka - jika perlu, sesekali meminta anak -anak supaya membawa rakan-rakan mereka ke rumah supaya dapat mengetahui latar belakang dan tingkah laku kawan kawannya– memberikan nasihat jika ibu bapa mendapati kawan -kawan anak mereka mencurigakan dan dapatmembawa masalah pada kemudian hari.

•    Pendidikan agama - Menerapkan didikan agama dan nilai -nilai murni dalam keluarga – sejak anak-anak masih kecil - dapat membantu anak-anak terjebak ke kancah gejala sosial – mempunyai benteng keimanan yang kukuh.

•    Sentiasa prihatin dengan perubahan sikap anak-anak antaranya cara berpakaian/pertuturan/fizikal – menasihati anak-anak dengan cara berhemah dan tidak memarahi secara melulu jika anak -anak telah berubah ke arah yang tidak sihat. Ini akan menyebabakan anak-anak akan memberontak dan akan mengakibatkan mereka lari daripada rumah dan sebagainya.

•    Menjadi model kepada anak-anak – menunjukkan teladan yang baik  pada anak-anak supaya anak-anak akan berkelakuan seperti ibu bapanya– pendidikan bermula dari rumah - bapa borek, anak rintik/ ke mana jatuhnya kuah, kalau tidak ke nasi/bagaimana acuan, begitulah kuihnya.

•    Ibu bapa perlu sentiasa menambahkan ilmu /kemahiran mendidik anak-anak/menjadi ibu bapa cemerlang. Contohnya ibu bapa perlulah mengikuti Seminar Keibubapaan. Dengan ilmu yang ada dapat menangani segala masalah anak -anak muda zaman sekarang dengan bijak.

2. Peranan masyarakat.
 
•    Memberi sokongan padu terhadap semua program yang dianjurkan oleh kerajaan- tidak memandang remeh segala kempen anjuran kerajaan. Masyarakat  perlulah sama-sama turut serta untuk member sokongan kepada remaja-remaja yang terjebak dengan masalah sosial. Mereka tidak sepatutnya memberikan pelbagai alasan untuk lari dari tanggungjawab mereka untuk memberi sokongan kepada mereka yang bermasalah. Tiada alasan sibuk atau banyak kerja.

•    Membantu membimbing remaja yang tersalah langkah – tidak mengamalkan sikap mementingkan diri sendiri kerana beranggapan mereka bukan ahli keluarga sendiri – bersikap seperti enau dalam belukar , melepaskan pucuk masing-masing– mereka mungkin dapat mempengaruhi anak-anak kita – “jangan sudah terhantuk, baru terngadah” / “nasi sudah menjadi bubur”.

•    Menerima kembali remaja yang telah insaf dengan hati terbuka. “bumi mana tidak ditimpa hujan” . Tidak memandang hina atau memulaukan mereka. Memberikan peluang untuk mereka berubah. Selain itu berilah pekerjaan atau kepercayaan kepada mereka supaya mereka tidak kembali melakukan kegiatan lalu.

•    Mengaktifkan atau menubuhkan Rukun Tetangga (RT) di kawasan tempat tinggal. RT merupakan satu program sukarela yang bertujuan untuk membantu dalam pembangunan masyarakat setempat di Malaysia. Selain itu peranan utama RT adalah untuk menganjurkan kumpulan-kumpulan rondaan yang bertugas pada waktu malam untuk mengurangkan kegiatan jenayah di sekitar kawasan kejiranan – anggota kumpulan rondaan biasanya dianggotai oleh ahli-ahli masyarakat di kawasan kejiranan tersebut. Jika RT aktif menjalankan rondaan, gejala sosial dapat dikurangkan.

3. Peranan sekolah.

•    Pihak sekolah mengenal pasti pelajar bermasalah disiplin ini adalah kerana  untuk memantau kelakuan mereka di sekolah atau di luar sekolah. Jika ada remaja yang mempunyai masalah displin di sekolah, pohak sekolah perlulah memberikan khidmat kaunseling kepada pelajar tersebut. Pihak sekolah juga perlulah memberikan sokongan moral kepada pelajar yang bermasalah dengan cara mengadakan kem motivasi kepada mereka.

•    Pihak sekolah juga haruslah sentiasa memaklumkan kes salah laku kepada ibu bapa mereka. Perbincangan antara pihak sekolah dan ibu bapa diadakan untuk komunikasi dua hala antara ibu bapa dan pihak sekolah. Ini dapat mengelakkan salah faham antara pihak sekolah dengan ibu bapa. Selain itu juga penyelesaian dapat ditentukan.

•    Pelajar yang bermasalah perlulah diberikan hukuman berbentuk kerja amal seperti memcuci tandas, gotong-royong dan sebagainya. Selain itu juga dapat mengurangkan hukuman berbentuk fizikal yang boleh mengelakkan pelajar terlalu tertekan dan memberontak selain itu juga dapat mengurangkan kadar keciciran kerana diberhentikan atau berhenti sekolah.

•    Menggalakkan pelajar menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah  atau memenuhi masa dengan berfaedah contohnya menimba pengalaman untuk bekerjasama,memimpin dan bertoleransi.

4. Peranan media massa.

•    Media massa sebagai wahana menyampaikan informasi terkini berhati -hati memilih bahan yang ingin ditayangkan atau diterbitkan. Remaja  tidak perlulah terlalu bersikap terbuka dengan memilih bahan -bahan dari luar negara.

•    Mengutamakan bahan yang bermutu tidak memilih bahan atau rancangan yang diimport dari Barat. Lebih sensitive dengan norma-norma masyarakat timur.

•    Tidak mementingkan keuntungan semata-mata tidak mementingkan rancangan atau bahan yang berbentuk komersial sahaja. Mengehadkan rancangan yang bercorak hiburan. Pihak media masa perlu juga menyelitkan rancangan atau bahan yang berunsurkan pendidikan dan ilmiah

5. Peranan kerajaan.

•    Melancarkan pelbagai kempen/program untuk pembangunan masyarakat, keluarga dan remaja.

•    Kempen Antibuli/Hari Tanpa Tembakau/Rumahku, Syurgaku/P rogram Rakan Muda/Program Latihan Khidmat Negara(PLKN) /Kempen Antidadah  dapat mengurangkan masalah social dalam kalangan remaja. Melalui kempen ini, remaja mendapat penerangan yang jelas tentang sesuatu isu( dadah/buli/AIDS). Program Rakan Muda mendedahkan remaja dengan cara hidup yang sihat / remaja dilatihan untuk berdisiplin menerusi PLKN.
 
•    Menguar-uarkan kempen hingga ke kawasan luar bandar untuk memberikan peluang kepada remaja di luar Bandar untuk mengetahui informasi-informasi terkini tentang sesuatu isu. Ramai dalam kalangan mereka yang akan berhijrah ke bandar dan akan menyebabkan kejutan budaya.
Pergaulan bebas, inilah masalah serius yang melanda dunia kita pada hari ini. Masalah  ini berlaku di kalangan masyarakat kita terutamanya pada anak-anak remaja tidak mengira jantina lelaki mahupun perempuan. Istilah pergaulan atau dalam bahasa Arabnya 'ikhtilat' yang membawa maksud pergaulan atau percampuran antara wanita dan lelaki adalah terminologi yang baru diperkenalkan dalam Islam. Istilah pergaulan atau percampuran atau Ikhtilat adalah membawa konotasi dan makna yang tidak sesuai dengan Islam. Istilah yang tepat ialah Liqa' (pertemuan) atau musyarakah (penyertaan) di antara lelaki dan wanita. Pergaulan sepatutnya ditakrif sebagai batas pertemuan atau penyertaan antara lelaki dan wanita. Di dalam dunia yang penuh dengan cabaran ini, terdapat tiga kategori atau senario pergaulan yang dihadapi oleh umat Islam, umat Nabi Muhammad S.A.W. Pertama, pergaulan aliran barat atau sekular. Aliran ini mahukan wanita dan lelaki bercampur-gaul semaksima mungkin. Keduanya, pergaulan aliran ketimuran yang dicanang oleh Islam. Aliran ini mempunyai tafsiran tersendiri bagaimana seharusnya batas pergaulan antara jantina. Manakala yang terakhir pula, pergaulan aliran kejumudan. Aliran ini di mana dalam banyak masyarakat Islam abad ini, wanitanya terpenjara dan dinafikan hak-hak mereka yang sudah dijelaskan dalam al Qur'an. Ketiga-tiga pandangan ini adalah pandangan yang sudah pasti mempunyai banyak kelemahan dan mendatangkan banyak masalah kepada umat Islam.

Sebenarnya dalam Islam tidak ada istilah "pergaulan bebas", sebab secara fitrah manusia memiliki keharusan untuk bergaul dalam interaksi sosial yang merupakan sunah sosial dan kehidupan itu sendiri. Namun setelah masuknya budaya asing ke dalam pergaulan masyarakat muslim yang dibentuk oleh kecenderungan material semata-mata dan falsafah hidup yang lahir dari bumi dan hawa nafsu, maka Islam menamakannya sebagai pergaulan bebas, bebas dari tuntunan wahyu, moral dan fitrah. Pergaulan adalah salah satu cara seseorang untuk berinteraksi dengan alam persekitarannya. Bergaul dengan orang lain menjadi satu keperluan yang sangat asas, bahkan boleh dikatakan wajib bagi setiap manusia yang “masih hidup” di dunia ini. Sungguh menjadi sesuatu yang aneh atau bahkan sangat pelik, jika ada orang yang mampu hidup sendiri kerana memang begitulah fitrah manusia. Manusia memerlukan kehadiran orang lain dalam kehidupannya. Tidak ada mahluk yang diciptakan sama seratus peratus di dunia ini. Semuanya diciptakan Allah berbeza-beza. Meskipun ada persamaan, akan tetapi tetap semuanya berbeza. Tetapi masyarakat kita pada hari ini lebih terikut dan terbawa-bawa budaya dari Timur terutamanya dari segi pergaulan di antara lelaki dan wanita. Pergaulan mereka tiada batasan menyebabkan cenderungnya berlaku perkara-perkara tidak di ingini seperti kes rogol, berzina dan sebagainya. Masalah inilah yang perlu kita bendung bersama-sama dengan kerjasama semua pihak.
 
PERGAULAN BEBAS PUNCA HUBUNGAN TERLARANG

Pernahkah kita terfikir atau memahami bahawa dengan menjaga batas pergaulan seharian di pejabat, kita boleh mendapat habuan pahala daripada Allah dan keharmonian rumah tangga kekal terpelihara. Melalui pengamatan dan pembacaan masa kini, kita dapati fenomena perhubungan sumbang (zina) antara isteri orang dengan suami orang sudah mula membarah dalam masyarakat Islam kita. Kadangkala situasi yang memungkinkan berlakunya fenomena itu wujud tanpa disedari. Kata kunci terhadap perkara ini ialah kerana kita tidak sensitif terhadap pergaulan di pejabat. Budaya menjauhi zina tidak lagi menjadi slogan dalam diari pergaulan kita. Adakah kerana kesibukan dalam tugas pejabat yang memerlukan lebih banyak masa untuk diluangkan di pejabat hingga lepas waktu kerja? Sememangnya kadangkala keadaan itu tidak dapat dielakkan. Cuma wanita harus lebih peka ruang yang menyebabkan timbulnya fitnah. Manakala punca atau faktor  yang kedua berlakunya hubungan terlarang daripada masalah pergaulan bebas ialah kurangnya perhatian daripada kedua orang tua kita. Pada zaman yang serba berteknologi tinggi ini, kebanyakkan orang tua kita lebih sibuk bekerja. Oleh yang demikian perhatian terhadap anak-anak di rumah terabai dan mereka tidak dapat memberi sepenuh perhatian mereka terhadap anak-anak. Inilah antara penyebab anak-anak lebih gemar keluar mencari teman-teman untuk berhibur seterusnya menyumbangkan masalah berlakunya gejala sosial seperti bezina, mengambil dadah dan sebagainya.

Rata-rata remaja yang terjebak dengan masalah pergaulan bebas adalah berpunca daripada kurangnya kasih sayang daripada keluarga mereka. Anak remaja berasa tersisih apabila berada dalam keluarga terutamanya apabila ada di antara ibu bapa yang melebih-lebihkan anak-anaknya yang lain tanpa memberi kasih sayang secara saksama kepada ke semua anak-anaknya. Kurangnya pendidikan di kalangan anak- anak remaja juga punca berlakunya hubungan terlarang. Ini di sebabkan oleh ibu bapa mereka yang tidak mementingkan pendidikan di kalangan anak-anak terutamanya pendidikan agama. Punca-punca yang remeh atau ringan inilah penyebab terbesar berlakunya gejala sosial di kalangan anak-anak remaja di negara kita seperti masalah pergaulan bebas yang kian sukar untuk di bendung pada masa kini.





AKIBAT ATAU KESAN DARIPADA PERGAULAN BEBAS

Masalah daripada pergaulan bebas ini mempunyai kesan atau akibat yang negatif. Di antara kesan negatifnya seperti boleh lahirnya anak luar nikah akibat daripada hubungan terlarang (zina), merempit, pengambilan dadah, kes rogol, merompak dan sebagainya. Pergaulan di antara lelaki dan perempuan yang tidak terkawal akan mendatangkan banyak kesan buruk kepada masyarakat. Contoh yang jelas dapat dilihat dalam masyarakat barat yang rata-rata mengamalkan pergaulan bebas. Sungguhpun dari aspek kebendaan mereka agak terkehadapan, namun dari aspek kerohanian dan akhlak mereka jauh ketinggalan di belakang. Antara kesan buruk daripada pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan ialah keruntuhan akhlak. Salah seorang Presiden Amerika Syarikat pernah mengeluarkan kenyataan akhbar pada tahun 1962 yang menyatakan bahawa para pemuda di negaranya telah rosak, tenggelam dalam kerosakan. Di antara tujuh orang pemuda yang ingin menyertai tentera, terdapat enam orang yang tidak layak disebabkan mereka leka dalam keseronokan seks. 

Kesan buruk yang kedua pula ialah tersebarnya anak luar nikah. Menurut statistik yang telah dibuat di New York pada tahun 1983, lebih daripada satu pertiga bayi yang lahir pada tahun tersebut adalah anak luar nikah. Kebanyakannya dilahirkan oleh pemudi yang berumur sekitar sembilan belas tahun dan ke bawah. Bilangannya secara tepat ialah 112,353 orang bayi iaitu 37% daripada bilangan bayi yang lain di New York. Kesan buruk yang seterusnya ialah menjadikan ramai pemuda pemudi yang tidak berkahwin. Perkara ini berlaku kerana pergaulan yang bebas akan mewujudkan cara mudah untuk melempiaskan nafsu syahwat. Justeru, para pemuda akan memilih cara mudah ini daripada berkahwin. Statistik yang dilakukan di San Francisco menunjukkan bahawa majoriti penduduk di situ terdiri daripada golongan yang tidak berkahwin pada tahun 1982. Ini merupakan kali pertama perkara seumpama ini berlaku di bandar itu. Berlakunya banyak perceraian dan keruntuhan rumahtangga juga merupakan kesan buruk daripada masalah pergaulan bebas ini. Sekiranya sebelum proses perkahwinan pun sudah ada pelbagai halangan dan cabaran akibat pergaulan bebas, maka selepas berkahwin pun ia tidak akan kekal lama. Institusi keluarga akan mudah hancur, walaupun hanya disebabkan oleh perkara kecil. Ini dapat dilihat pada pertambahan kes perceraian di Amerika Syarikat dan negara-negara barat lain dari tahun ke tahun.

Tersebarnya penyakit-penyakit yang membawa maut. Terdapat pelbagai penyakit yang lahir disebabkan oleh hubungan bebas di antara lelaki dan wanita, tidak kiralah mental mahupun fizikal. Antara penyakit tersebut ialah AIDS. Penyakit ini boleh membawa maut dan ubatnya masih belum ditemui sehingga ke hari ini. Oleh itu, sebelum masalah ini menjadi semakin serius, kita sebagai masyarakat perlu mengambil tindakan yang sewajarnya bagi membendung masalah pergaulan bebas ini. Hayatilah ungkapan ayat ini..

“Mula-mula duduk rapat, lepas duduk rapat, kemudian lawan peluk erat-erat,  bila dah peluk erat-erat, akhirnya nafas naik tersekat-sekat, apabila nafas dah naik tersekat-sekat, usah dipeduli Allah dan malaikat, bila usah dipeduli Allah dan malaikat, usah dipeduli agama dan adat, bila tidak dipeduli agama dan adat, yang penting lepas ni apa kita nak buat kita buat, lepas mereka buat, perut yang kempis jadi bulat, bila perut dah membulat, maka sudah terlambat…”
 


PENYELESAIAN ATAU PENCEGAHAN PERGAULAN BEBAS

Perbincangan  mengenai keruntuhan ahklak remaja adalah berkisar isu pelajar remaja. Justeru, strategi mengatasi masalah seharusnya ditumpukan pada golongan remaja  ini. Berikut beberapa saranan umtuk mengatasi masalah pergaulan bebas iaitu peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukkan moral yang baik. Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.

Seterusnya ialah melalui pendekatan akademik. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik  seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas. Mewujudkan sistem perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan  pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam pengawasan disiplin. Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis. Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis. Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut.  Dan cara penyelesaian yang terakhir sekali ialah melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting. Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang bermasalah. Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan positif. PIBG jangan lah jadi umpama “KUCING TAK BERGIGI, TIKUS LOMPAT TINGGI-TINGGI”


KESIMPULAN

“ Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu.  Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (Surah Al Hujurat <49>:13).

Daripada ayat Quran di atas, jelaslah bahawa kita di haruskan untuk bergaul sesama manusia tetapi kita perlu ingat bahawa terdapatnya batasan dalam Islam di dalam pergaulan kita di antara lelaki dan perempuan. Tetapi semuanya bergantung pada niat kita. Contohnya, dalam suasana kerja atau organisasi di mana kita dituntut untuk berinteraksi dengan orang ramai, baik lelaki ataupun wanita, kita tentu saja diperbolehkan mengadakan kontak dengan lawan jenis (berbeza jantina, lelaki dengan perempuan). Pada prinsipnya, jika maksud kita untuk kebaikan dan batasan-batasan syariat tetap dijaga, semuanya dibolehkan dalam Islam. Islam tidaklah pernah bertujuan untuk mempersulitkan sesuatu, tapi justeru mempermudahkan hidup kita. Segala yang disyariatkan sudah tentu demi kebaikan umat sekalian manusia. Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan, tetapi apa yang lebih penting: ibu bapa mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mengatasi masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Dengan kata lain, walau apapun langkah yang diambil oleh mana-mana pihak, tanpa kerjasama daripada ibu bapa, nescaya gejala ini sukar diatasi.
 
DEFINISI

Perkataan buang bermaksud mencampakkan, melemparkan dan menghilangkan. Perkataan bayi pula bermaksud anak kecil yang baru dilahirkan oleh si ibu. Pembuangan bayi pula adalah perbuatan mencampakkan atau menghapuskan anak kecil yang tidak berdosa kemerata-rata tempat tanpa rasa sifat berperikemanusiaan. Daripada definisi yang tertera didalam kamus dewan ini, telah menjelaskan bahawasanya pembuangan bayi ini adalah kelakuan yang amat keji dan dilarang.

Pada era moden yang serba mencabar ini, Malaysia dengan bangganya menuju ke satu tahap yang lebih kompetetif bertunjangkan sains dan teknologi. Namun disebalik kemodenan ini, mereka telah lupa dengan perkembangan sosial di Negara ini. Saban hari terdapat laporan tentang pembuangan bayi dimerata-rata tempat seperti di dalam tandas, ditepi longkang, dan sebagainya. Golongan yang tidak bertanggungjawab ini membuang bayi secara membuta tuli sahaja tanpa ada sifat dan perasaan berperikemanusiaan.

Isu pembuangan bayi yang tidak pernah kesudahan sejak beberapa tahun kebelakangan ini boleh dianggap sebagai wabak atau bencana kepada Negara. Pembuangan bayi yang semakin hari semakin banyak dilaporkan di dada akhbar dan yang paling menyayat hati, terdapat bayi yang tidak berdosa bukan sahaja dibuang, malah dibakar. Mereka yang melakukan perkara ini merupakan individu yang tidak ada maruah diri dan tidak bertamadun.

Mereka yang membuang bayi ini biasanya mereka yang sudah terlanjur melakukan seks bebas. Mereka sanggup buang bayi dengan harapan mereka diberi peluang untuk menjalani kehidupan yang baru dan semestinya bagi mengelakkan daripada diejek, dicemuh dan dicaci oleh masyarakat setempat.


Secara realitinya, perbuatan membunuh anak mengatasi nilai hidup kebinatangan. Binatang mungkin membunuh anak mereka ketika di lahirkan, tapi kebanyakan atas faktor surviva (dijadikan makanan). Tetapi bagi manusia, mereka sudah hilang nilai kemanusiaan kerana mereka hidup bertuhankan nafsu. 


FAKTOR PEMBUANGAN BAYI

1) KURANG DIDIKAN DAN KEFAHAMAN AGAMA

Kurang didikan agama merupakan punca utama hidup remaja tiada halatuju dalam kehidupan dan seterusnya terlibat dalam gejala-gejala negatif. Remaja yang melibatkan diri dalam gejala pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan tanpa batasan sudah semestinya menjalinkan hubungan diluar tabii. Dalam situasi ini, remaja yang kurang didikan dan kefahaman serta pegangan agama tidak teragak-agak untuk melakukan perkara diluar dugaan seperti membuang dan meninggalkan anak mereka selepas dilahirkan hanya untuk menutup malu. 


2) PENGARUH RAKAN SEBAYA

Pengaruh rakan sebaya juga salah satu fakor yang menyababkan masalah kes pembuangan bayi dalam kalangan remaja. Hal ini kerana, pada usia muda lagi, remaja mudah dipengaruhi. Hal ini menjadi bertambah teruk apabila mereka bergaul dengan rakan sebaya yang menjalani kehidupan negatif dan tidak sihat serta tidak bermoral. Remaja yang terjerumus dalan kancah-kancah negatif tersebut tanpa segan dan silu melakukan hubungan seks rambang sehingga terjadinya masalah iaitu mengandung anak luar nikah dan terpaksa membuang bayi tersebut untuk mengelakkan ia diketahui masyarakat.


3) SIKAP MASYARAKAT

Sikap masyarakat menjadi faktor berlakunya pembuangan bayi. Apabila seorang remaja perempuan melahirkan anak luar nikah, sudah pastinya masyarakat setempat menghina dan memandang serong padanya. Secara tidak langsung, remaja itu dianggap menjatuhkan maruah keluarganya. Remaja tersebut akan merasa tertekan dengan bebanan yang ditanggung seorang diri tanpa sokongan dari pelbagai pihak. Demi menjaga imej sendiri dan juga keluarga, remaja tersebut mengambil jalan mudah dan ringkas dengan membuang bayi ekoran bimbang dipandang jijik dan hina oleh masyarakat sekeliling.


4) SIKAP INGIN TAHU REMAJA

Sikap remaja yang ingin mencari sesuatu pengalaman yang baru atau sikap ingin tahu. Sikap ingin tahu tentang sesuatu memang wujud dalam diri remaja. Biasanya mereka gemar mencuba sesuatu yang baru. Setiap perkara yang dilarang, itulah yang ingin diterokai oleh mereka. Remaja berpendapat bahawa mereka jadi lebih matang sekiranya mereka mencuba benda yang jarang dilakukan oleh remaja lain, lebih-lebih lagi seks rambang. Mereka juga beranggapan bahawa diwaktu usia remajalah mereka patut berseronok dan bergembira sehingga melakukan perkara negatif seperti seks bebas ini. Sikap remaja ingin mencuba sesuatu ini sebenarnya tidak mengetahui baik dan buruknya, serta akibat yang bakal diterima mereka. Sebagai remaja yang matang, mereka mestilah berfikiran rasional dan bijak dalan menilai sesuatu perkara supaya tidak menyesal dikemudian hari. Bak kata pepatah “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak gunaya”


5) KURANG KASIH SAYANG DAN PERHATIAN KELUARGA

Ibu bapa menjadi peranan utama didalam membentuk kehidupan anak-anak. Walaupun sesibuk mana ibu bapa, ia harus mengambil berat kehidupan dan gerka-geri perjalanan dan kehidupan anak-anak mereka. Anak-anak akan terbiar apabila ibu bapa lebih mengejar kekayaan daripada kebahagiaan keluarga. Ibu bapa juga hendaklah selalu mendekati anak-anak supaya anak-anak tidak merasa janggal apabila ingin menceritakan sesuatu terutama untuk meluahkan masalah yang dihadapi. Mereka akan melakukan perkara yang tidak sihat kerana tiada siapa yang mempedulikan jalan hidup mereka. Dengan ini, mereka lebih bebas untuk melakukan sesuatu sehingga terjebak dengan masalah seks bebas dan akhirnya menjadi masalah besar apabila mendapati diri mereka berbadan dua. Untuk mengelakkan rahsia mereka terbongkar, berlakulah pembuangan bayi. Mereka sanggup melakukan dengan pelbagai cara asalkan diri mereka terlepas dari masalah. 


PENYELESAIAN MASALAH PEMBUANGAN BAYI

1) BABY HATCH

Baby Hatch merupakan cara untuk menyelesaikan masalah pembuangan bayi dan ianya hanyalah penyelesaian untuk jangka masa pendek. Ia telah di rasmikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan kerjasama Orpahan Care. Baby Hatch bertujuan untuk mewujudkan tempat perlindungan bayi yang dilahirkan tanpa ada talian yang sah bagi menegelakkan berlakunya pembuangan bayi.


2) RUMAH PERLINDUNGAN

Menyediakan rumah perlindungan bagi wanita-wanita yang sudah terjebak didalam gejala-gejala negatif. Ia bagi membantu mengurangkan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini. Dengan adanya rumah perlindungan ini, mereka dapat menginsafkan diri mereka. Hal ini juga dapat menyelamatkan mereka yang sedang mengandung anak luar nikah dan secara tidak langsung ia dapat menyelamatkan bayi tersebut daripada dibuang merata tempat dengan keadaan yang menyedihkan.


3) PEMANTAUAN PIHAK BERKUASA

Pihak berkuasa hendaklah sering membuat pemantauan bagi mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini. Dengan adanya pemantauan, ia dapat mengurangkan berlakunya perkara sebegini. Pihak berkuasa juga hendaklah mengetahui dan peka terhadap tempat-tempat atau kawasan yang sering berlakunya perbuatan terkutuk ini seperti hotel-hotel, kawasan hutan, kawasan taman dan lain-lain. Secara tidak langsung juga, ia dapat mengurangkan berlakunya perbuatan seks rambang yang boleh mendorong kepada kelahiran anak luar nikah. 


KESAN PEMBUANGAN BAYI

1) KESAN KEPADA BAYI

Semua bayi ini hidup tidak mengenali dan mendapat kasih saying daripada ibu bapa kandung mereka. Beyi0beyi ibi juga terpaksa memikul gelaran anak luar nikah sepanjang hidup mereka. Mereka dibuang tempat-tempat terpencil dan jauh dari pandangan masyarakat sehingga menyebabkan mereke meninggal duania. 


2) KESAN KEPADA IBU BAYI

sewaktu mereka melahirkan anak, mereka tidak ada dalam keadan dan situasi yang selesa dan mengizinkan. Tanpa persediaan yang rapi, ia pastinya mengalami jangkitan kuman yang serius, kecederaan semasa melahirkan anak, dan juga kehilangan darah yang banyak. Kebanyakan mereka melahirkan anak dengan kudrat sendiri tanpa pertolongan daripada pihak hospital dan pihak lain. Hal ini akibat daripada perbuatan mereka sendiri yang semestinya salah dari segi undang-undang, agama dan Negara.


3) KESAN KEPADA INSTITUSI KEKELUARGAAN.

Berlakunya keruntuhan institusi kekeluargaan. Apabila institusi kekeluargaan itu runtuh, keharmonian dalam kekeluargaan juga turut terkena tempiasnya. Hal ini disebabkan ibu bapa berasa malu mempunyai anak yang sebegitu rupa tingkah lakunya. Apa yang mereka bimbang adalah jiran sekeliling mereka yang memandang serong dengan keluarga mereka. Disebabkan masalah pembuangan bayi juga, masalah penceraian berlaku. Ia berlaku apabila ibu bapa remaja yang terlibat dengan perbuatan yang tidak bermoral ini bergaduh dan menyalahkan sesame sendiri kerana tidak pandai mendidik dan memelihara anak sehingga anak-anak yang lain terpaksa menanggung akibatnya.


4) KESAN KEPADA MASYARAKAT

Kes pembuangan bayi yang berlaku telah menjejaskan imej masyarakat sekeliling. Mereka pastinya berasa malu dan kecewa dengan apa yang berlaku. Sudah semestinya remaja dipersalahkan dalam kes ini kerana biasanya, remaja merupakan golongan terbesar melibatkan diri dalam kegiatan ini. “kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”. Pribahasa ini bertepatan sekali dengan situasi yang berlaku. Mayarakat telah menerima akibatnya hasil daripada kegiatan tidak bermoral ini dan secara tidak langsun telah menimbulkan persepsi orang luar tentang masyarakat setempat dalam membendung kes-kes seperti ini daripada berlaku.


5) KESAN KEPADA NEGARA

Tidak dapat dinafikan juga pembuanagn bayi memberi kesan yang sangat besar kepada Negara. Secara eroninya, jatuh dan bangun sesebuah Negara itu bergantung sepenuhnya kepada akhlak remaja atau generasi pada waktu sekarang. Antara kesan yang pastinya berlaku ialah kerancakan pembangunan terbantut serta ekonomi Negara sukar untuk berkembang disebabkan wujudnya gejala sosial ini. Tambahan lagi, pembelanjaan kerajaan turut menigkat untuk menampung bayi yang diletakkan di rumah kebajikan masyarakat. Hal ini kerana, bayi yang dijumpai biasanya ditempatkan dirumah kebajikan masyarakat sebagai penempatan sementara. Pada masa yang sama, ibu bapa bayi tersebut dicari dan sekiranya tidak menjumpai, rumah kebajikan masyarakat pastinya menjadi penempatan kekal mereka. Perkara seperti ini pastinya membebankan pihak kerajaan dan pihak yang berkaitan dari segi kewangan. 


KESIMPULAN

Firman Allah dalam Surah Al-Israa’ ayat 32 yang bermaksud:“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk”. Ayat di atas menunjukkan di antara perintah pencegahan yang turunkan oleh Allah swt sebagai pencipta manusia bagi mencegah manusia daripada penzinaan yang seterusnya membawa kepada kemusnahan hidup di dunia. Telah dinyatakan dengan jelas bahawasanya penzinaan adalah satu perbuatan yang terkutuk dan dibenci di sisi tuhan serta masyarakat. Sebelum ini kita sering memperkatakan permasalah pergaulan bebas, penagihan dadah dan pelbagai lagi permasalahan masyarakat. Dan kini kita dikejutkan pula dengan kes pembuangan bayi tanpa belas kasihan. Dimana bayi-bayi itu dibuang dengan bermcam-macam keadaan yang tidak sanggup lagi didengar dan dilihat.

Pada masa kini, zaman telah berubah kembali kepada zaman jahiliah dimana bayi ditaman hidup-hidup. Tetapi pada masa itu, hanya bayi perempuan sahaja yang akan ditanam. Pada zaman jahiliah, mereka membunuh kerana khuatiri anak mereka diperkosa atau berzina. Bagaimanapun, pada zaman moden ini anak dibunuh kerana ibunya sendiri diperkosa atau berzina. Golongan ini adalah golongan yang telah terlanjur membuat dosa sehingga hamil tanpa ikatan perkahwinan. Kemudian menambah lagi bilangan dosa dengan menyeksa bayi berkenaan dengan membuangnya bagaikan sampah-sarap dan dalam keadaan yang menyedihkan serta menyayat hati.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Hak anak ke atas ayahnya ialah memberinya nama yang baik, mengajarnya menulis, mengahwinkannya apabila cukup umur dan mengajarnya al-Quran" (riwayat al-Hakim dan ad-Dailamy). Berdasarkan petikan diatas, dengan terang dan jelasnya betapa bertanggungjawabnye seorang ayah terhadap anaknya. Memberi segala-galanya dengan penuh kasih dan sayang serta tunjuk ajar yang betul. Tanggungjawab itu akan berakhir apabila anak itu dikahwinkan. Pengakhiran bagi seseorang anak bukan dengan membuangnya didalam keadaan yang teruk tetapi sebaliknya seperti yang dinyatakan didalam sabda tersebut.

Rogol atau pencabulan adalah serangan seksual yang dianggap oleh kebanyakan orang sebagai jenayah yang sangat serius. Ia merupakan serangan serius dan yang merosakkan terhadap seseorang atau sekumpulan orang, tetapi dalam penggunaan sehari-harian, istilah tersebut adalah mengenai serangan seksual dan ia dilakukan apabila seseorang itu memasukkan sesuatu, secara seksual, mana-mana bahagian badannya, atau apa-apa alat yang lain, ke dalam alat kelamin wanita atau lubang dubur, tanpa mendapat persetujuan.

Maksud asal iaitu rogol sebagai perbuatan "bersetubuh melalui kemaluan wanita atau lubang dubur tanpa persetujuan" diubah kepada "memasukkan kemaluan lelaki ke dalam kemaluan wanita, lubang dubur atau mulut seseorang yang lain".

Seseorang lelaki itu di kira melakukan rogol jika ia bersetubuh dengan seseorang perempuan dalam keadaan yang termasuk dalam lima perkara berikut:
  • Bertentangan dengan kemahuan perempuan tersebut.
  • Dengan tiada kerelaan perempuan itu.
  • Dengan kerelaan perempuan itu manakala kerelaannya telah didapati dengan mendatangkan kepadanya ketakutan bahawa pembunuhan/cedera akan berlaku.
  • Dengan kerelaan perempuan itu manakala lelaki itu ketahui bahawa ia bukannya suaminya dan kerelaan itu diberi kerana perempuan itu percaya lelaki itu ialah seorang lelaki yang menjadi atau yang ia percaya menjadi suaminya yang sah di sisi undang-undang. Sama ada dengan kerelaan perempuan itu atau tidak jika perempuan itu dibawah umur ( 18 tahun ke bawah)

Walaupun jenayah ini tidak seakan dengan pembunuhan manusia, ia adalah perkosaan yang paling serius ke atas seseorang. Ia juga merupakan jenayah yang kejam dan begitu zalim kerana biasanya, ia melibatkan penggunaan kuasa ataupun penggugutan untuk mengatasi kemahuan dan keupayaan mangsa menentang. Rogol sering diiringi oleh kecederaan fizikal kepada mangsa perempuan, dan juga boleh mengakibatkan kecederaan-kecederaan mental dan psikologi. Oleh sebab ia memusnahkan rasa keselamatan masyarakat, ia juga mencederakan orang ramai.

Seiringan dengan bentuk-bentuk serangan seksual yang lain, ia merupakan suatu perbuatan yang tidak bermaruah terhadap seseorang yang tidak boleh diperbaiki dengan sempurna, dan yang merendahkan kemanusiaan. Kesalahan merogol boleh dikenakan hukuman maksimum penjara seumur hidup berbeza dengan hukuman penjara 10 tahun bagi kesalahan serangan seksual di bawah statut ini, dan yang dahulunya dikenali sebagai perbuatan tidak bermoral.


FAKTA- FAKTA TENTANG ROGOL

Sesiapa saja boleh dirogol. Mangsa-mangsa termasuk wanita, kanak-kanak perempuan atau lelaki, bayi, nenek dan remaja. Rogol satu unsur keganasan yang sangat melampau.

Mangsa rogol tidak seharusnya dipersalahkan. Tiada siapa yang mahu kehormatannya dicabuli. Kebanyakkan perogol tidak mengunakan senjata untuk merogol mangsanya. Ugutan, paksaan fizikal dan emosi adalah cara yang selalu digunakan oleh perogol ke atas mangsa. Jika anda berkata tidak dan seseorang memaksa anda melakukan hubungan seks, itu adalah rogol. Kebiasaannya perogol sudah merancang dengan rapi untuk merogol mangsa. Rogol adalah salah dari sisi agama, moral dan undang-undang.

Rogol tidak lagi menjadi masalah kepada wanita, keluarga atau masyarakat sahaja sebaliknya menjadi masalah negara. Kajian menunjukkan majoriti mangsa keganasan seks adalah wanita dan kanak-kanak perempuan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan 36 hingga 62 peratus mangsa keganasan seks ini terdiri daripada mereka yang berumur di bawah 15 tahun.

Rogol berlaku di seluruh dunia tanpa mengira bangsa, etnik, status ekonomi, agama dan kebudayaan. Kebanyakan keganasan seks dan fizikal serta penderaan psikologi dan emosi dilakukan secara tersembunyi dan terselindung daripada mata masyarakat. Ini menyebabkan kes-kes keganasan atau penderaan sukar dibuktikan di mahkamah dan tidak mendapat pembelaan.

Banyak aspek yang perlu diberi perhatian bagi menyelidiki punca rogol. Dalam hal ini, profil penjenayah mesti diselidiki supaya pihak berkuasa mendapat gambaran lengkap mengenai watak dan jangkaan latar belakang perogol. Profil mangsa rogol juga boleh menjadi data untuk analisis jenis perwatakan, umur dan tingkah laku.

Kebanyakan mangsa rogol tidak melaporkan rogol kerana mangsa merasa malu dan hina masyarakat sekeliling memandang serong dan menyalahkan mangsa tidak sanggup untuk melalui prosedur untuk mendapatkan keadilan kerana mengambil masa yang lama takut perkara itu mendapat publisiti media masa tidak mahu memalukan ahli keluarga.


FAKTOR-FAKTOR

Media Massa

Pengaruh modenisasi dan globalisasi in lebih terasa dan ketara dengan bantuan berbagai alat media-massa yang serba canggih dan moden. Media massa merupakan sumber maklumat yang cukup berkesan dalam penyebaran berbagai informasi. Melalui teknologi yang semakincanggih ini, golongan belia dan remaja sangat mudah terdedah kepada banyak maklumat, namun tidak semua maklumat- maklumat itu sesuai untuk kesemua peringkat umur. Ini menjadi masalah kerana lazimnya golongan belia mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling mereka. Paparan adegan-adegan negatif dari filem barat menimbulkan perasaan ingin tahu dan ingin cuba sendiri mengikut apa yang ditonton. Contohnya adegan-adegan filem barat yang sentiasa menimbulkan keghairahan apabila menonton.


Internet

Teknologi Informasi dan Komunikasi (ICT) juga turut menyumbang kepada pemaparan gejala-gejala negatif selain peranannya yang begitu penting bagi kemajuan sesebuah bangsa dan negara. Melalui internet umpamanya, masyarakat yang berfikiran kurang sihat dengan mudahnya boleh akses kepada maklumat-maklumat yang boleh menjurus kearah pemikiran negatif. Contohnya seperti laman web lucah yang kian berleluasa dan mempengaruhi pemikiran masyarakat pada hari ini. Contohnya seperti gambar-gambar porno dan laman web lucah yang berleluasa dan boleh dilayari tidak kira masa tanpa had.


Institusi Kekeluargaan Yang Goyah

Institusi kekeluargaan yang bermasalah juga boleh menimbulkan gejala sosial. Ibu bapa seharusnya menerap dan mendidik anak-anak mereka dari kecil. Sekiranya, ibu bapa bersikap sambil lewa terhadap pendidikan agama anak-anak mereka, ini akan menjadi satu faktor punca gejala sosial. Dan lagi, dengan bertambahnya komitmen ibu bapa terhadap kerjaya mereka, masa diluangkan untuk keluarga itu terhad. Ini akan membuat anak - anak kurang mendapat kasih sayang dan tidak mustahil mereka akan mencari alternatif lain untuk mengisi kegersangan kasih sayang. Selain daripada itu, rumahtangga yang bermasalah juga, seperti perceraian dan pergaduhan turut mempengaruhi remaja untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sihat.


Cara Berpakaian

Jika kita perhatikan pakaian sesetengah golongan muda di masa ini cukup memalukan. Cara berpakaian mereka bertentangan dengan cara pakaian budaya di negara kita sekali gus bertentangan dengan cara pemakaian yang digariskan Islam, agama rasmi negara kita. Mereka begitu ghairah untuk mengikut budaya asing yang dianggap moden dan maju. Mereka takut dan terlalu ego untuk dikatakan ketinggalan zaman, kuno, dan berfikiran sempit.


Terlalu Banyak Masa Lapang

Sekiranya masa lapang golongan belia terbatas, mereka akan rasa kurang berminat pada kegiatan-kegiatan yang tidak berfaedah. Pengisian masa lapang yang kurang terarah, akan mendesak remaja untuk melakukan aktiviti yang tidak bermanfaat seperti perbuatan negatif.


Tiada Pegangan Agama

Remaja hari ini,kurang didedahkan dengan agama membuatkan mereka tidak kuat iman dan mudah terjebak dengan gejala seperti rogol. Mereka tidak mampu untuk menahan nafsu mereka sekali gus lansung tidak memikirkan akibat dan dosa yang ditanggung.


Perogol terbahagi kepada dua jenis iaitu merogol secara spontan dan perogol yang merancang tindakan mereka.

Perogol yang bertindak secara spontan akan menyerang sesiapa sahaja di hadapannya jika berpeluang berbuat demikian. Kes rogol seperti ini yang menjadi perhatian media beberapa tahun yang lalu ialah kematian seorang jurutera komputer wanita iaitu Noor Suzaily Mokhtar. Beliau dirogol, diliwat dan dibunuh oleh seorang pemandu bas ekspres pada awal pagi hari. Kejadian berkenaan berlaku tanpa dirancang sebaliknya perogol yang mendapat peluang melakukannya tanpa mengira siapa yang menjadi mangsanya.

Manakala perogol yang merancang tindakan mereka akan menyusun strategi dan menjadi pemerhati kepada mangsa dengan meneliti jadual pergerakan mangsa sebelum mengambil tindakan. Sumbang mahram boleh dikategorikan dalam perogol jenis ini kerana ahli keluarga mempunyai niat untuk merogol dan akan merancang perbuatan mereka pada masa dan tempat yang sesuai seperti ketiadaan ahli keluarga atau keadaan rumah yang tidak kondusif untuk tidur yang menyebabkan percampuran lelaki dan perempuan.

Dorongan kepada rogol bagi kedua-dua jenis perogol ini bukan disebabkan lambakan filem lucah yang mudah didapati di pasaran atau dimuat turun dari Internet. Filem lucah berperanan memberi idea kepada penyerang dan tidak bertindak sebagai pemangkin kerana novel dan bahan bacaan lucah telah lama berada di pasaran lagi iaitu sejak tahun 1953 lagi. Namun, jenayah rogol dan bunuh jarang berlaku ketika itu. Besar kemungkinan nilai-nilai kemanusiaan masih lagi kuat diamalkan di dalam masyarakat.

Satu lagi punca kepada rogol ialah kehadiran ubat rangsangan seks yang mudah didapati di pasaran kerana penjualan ubat ini turut menyumbang kepada jenayah rogol.

Perogol tidak tertumpu kepada mana-mana kumpulan etnik dan sebarang lelaki boleh menjadi perogol. Umur perogol juga tidak khusus kepada peringkat tertentu dan kebanyakan daripada perogol tidak menyesal apa yang mereka lakukan.

Punca utama jenayah rogol bukannya pakaian seksi wanita yang mendedahkan tubuh badan mereka kerana mangsa rogol bukan sekadar wanita dewasa malah ada antaranya ialah bayi, kanak-kanak bawah umur dan warga tua. Ditinjau dari konsep ‘Freudian’, lelaki sebenarnya mempunyai keinginan seks atau libido yang tinggi. Selain itu faktor ekonomi, tahap pendidikan yang rendah dan tidak ada kemahiran kerja turut menyumbang kepada jenayah rogol.


HUKUMAN

Perogol wajib dijatuhi had zina samada rejam atau sebat. Sumbang mahram Bagi kesalahan orang yang merogol anak atau mahramnya sendiri maka hendaklah ia dibunuh.

Maka oleh itu bunuh jugalah hukuman bagi yang memperkosa anak, adik, kakak atau darah dagingnya sendiri. Lagipun sesetengah fuqaha berpendapat rogol lebih teruk dari zina dan hukumannya juga mesti lebih berat dan lama. Oleh itu wajarlah hukuman bunuh bagi kesalahan orang yang merogol darah daging sendiri kerana perkara tersebut lebih keji dari zina dan melampaui batas kemanusiaan.

Berbeza dengan undang undang sivil yang menetapkan hukuman rogol dengan penjara dari 5 tahun dan tidak lebih 20 tahun serta sebatan.Malah yang terbaru ada cadangan yang mahu keluarga mangsa sumbang mahram inipun dihukum penjara 3 tahun jika tidak melaporkan hal tersebut kepada pihak berkuasa. Rogol dan mencederakan Jika sekiranya serangan atau perbuatan merogol tersebut mendatangkan kecederaan maka perogol tersebut hendaklah dijatuhi hukuman Qisas ataupun dinilai hukuman yang paling tinggi bagi kedua kesalahan tersebut (rogol dan mencederakan) Serangan yang tidak sampai ke status rogol Jika serangan tersebut tidak sampai ke tahap rogol tetapi mangsa mengalami kecederaan maka penjenayah terbabit dikenakan hukuman yang setimpal iaitu Qisas. Walau bagaimanapun sekiranya cubaan merogol tersebut gagal dan mangsanya pula tidak mengalami sebarang kecederaan, maka perogol tersebut tetap dihukum kerana menceroboh hak dan maruah orang lain.


Rogol di bawah umur
Bagi kesalahan ini pula hukuman dijatuhkan kepada kedua duanya sekali jika sekiranya terdapat bukti bukti yang menunjukkan tiada paksaan atau kekerasan, ini kerana dalam Islam status bawah umur dikira dengan tanda-tanda baligh .Amalan tersebut berbeza dengan undang undang sivil yang menetapkan had bawah umur dengan umur yang tertentu. Walau bagaimanapun jika si gadis tersebut dipaksa maka lelaki sahaja yang dihukum.


Rogol dan membunuh
Bagi kesalahan rogol kemudian mangsa tersebut dibunuh dengan sengaja maka hendaklah dijatuhi hukuman Qisas. Ini kerana pembunuhan adalah salah satu daripada tujuh jenis dosa yang paling besar dan dosanya adalah kedua sesudah kafir Undang-undang sedia ada mengenai kesalahan rogol terkandung di dalam Kanun Keseksaan, khususnya seksyen 376, telah memperuntukkan hukuman penjara minimum 5 tahun dan maksimum 20 tahun serta sebatan maksimum sebanyak 24 kali. Pada tahun 2001, dua peruntukan baru dimasukkan ke dalam Kanun Keseksaan iaitu seksyen 376A dan 376B mengenai kesalahan sumbang mahram. Seksyen 376A Kanun Keseksaan memberikan definisi sumbang mahram manakala seksyen 376B(1) memperuntukkan hukuman kesalahan sumbang mahram iaitu penjara mandatori tidak kurang daripada 6 tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebatan. Peruntukan ini telah berkuatkuasa pada 1 Ogos 2002. Pada tahun 2003, seksyen 376 Kanun Keseksaan telah dipinda bagi menaikkan hukuman penjara untuk kesalahan rogol ke atas perempuan yang mempunyai pertalian muhrim dengan pesalah rogol kepada hukuman minimum 15 tahun penjara dan maksimum 30 tahun penjara serta sebatan minimum sebanyak 10 kali. Peruntukan juga menetapkan hukuman mati mandatory jika mangsa rogol meninggal dunia. Bagi pesalah kes rogol secara berkumpulan (gang rape), Pendakwa Raya akan menuduh setiap orang pesalah rogol tersebut untuk kesalahan rogol di bawah seksyen 376 Kanun Keseksaan dan memohon Mahkamah untuk satu perintah perbicaraan bersama. Jika didapati bersalah, hukuman maksimum 20 tahun penjara bagi setiap orang pesalah boleh dijatuhkan. Sekiranya pesalah dibantu oleh orang lain, pembantu tersebut juga boleh didakwa bagi kesalahan bersubahat melakukan kesalahan rogol dan hukumannya adalah sama seperti kesalahan rogol.



KESAN

Sebagai satu bentuk serangan seksual, rogol boleh menjadi amat dashyat, dan banyak kes serangan seksual berakhir dengan kematian mangsa. Rogol juga boleh mengakibatkan kecederaan fizikal yang serius, termasuk juga kehamilan, dan jangkitan penyakit sebaran seksual. Kesan paling biasa pada mangsa rogol adalah kesan psikologi. Pada masa dahulu, mangsa rogol dan mangsa serangan seksual yang masih hidup, biasanya, didapati terhidap Sindrom Renjutan Emosi Rogol (Rape Trauma Syndrome (RTS)) yang dianggap sebagai sejenis penyakit psikologi pada zaman itu. Sekarang, RTS dianggap sebagai sejenis balasan psikologi dan fisiologi yang biasa dialami oleh seorang mangsa rogol, dan bukan sejenis penyakit psikologi lagi. Ia melibatkan perasaan dosa dan malu, ketegangan, kemarahan, ketidakselesaan pada perut, dan kekadangnya kegundahan. Balasan-balasan yang dialami rapatnya dengan apa jua renjutan emosi yang dialami oleh penghidap-penghidap yang bukan mangsa rogol. Renjutan emosi psikologi telah disebut sebagai salah satu daripada alasan-alasan mengapa rogol sentiasa tidak dilaporkan kepada pihak-pihak berkuasa.

Oleh kerana sifat-sifat seksual yang sensitif tentang jenayah rogol, mangsa-mangsa biasanya akan mengalami renjutan emosi psikologi yang serius. Ini memang benar di kalangan masyarakat-masyarakat yang mempunyai adat-adat kelamin yang pantang. Umpamanya, seorang perempuan, terutamanya seorang anak dara yang telah dirogol, dianggap oleh masyarakat sebagai seorang yang "rosak". Mangsa-mangsa akan terpaksa menderita seorang diri dan dilarang berkahwin, ataupun mungkin akan diceraikan sekiranya dia sudah berkahwin. Mangsa rogol juga mungkin berasa "kotor" ataupun berasa bahawa dianya yang bersalah.

Proses penghukuman perogol biasanya dihalangi oleh kesan-kesan psikologi yang lebih kurang sama. Mangsa-mangsa kerapkalinya berasa malu apabila mereka ingin mewajahkan apa yang terjadi (terutamanya, jika mangsa perempuan dikena melaporkan kejadian kepada pegawai lelaki). Tambahan lagi, soalan-soalan sensitif dan pemeriksaan perubatan yang diperlu untuk pendakwaan akan menyebabkan mangsa tidak selesa. Di masyarakat-masyarakat yang tidak mengakui kaum perempuan sebagai penduduk-penduduk yang setanding dengan kaum lelaki, proses ini akan memberatkan lagi kepayahan mangsa-mangsa wanita. Kemarahan, ketidakselesaan pada perut, dan kekadangnya kegundahan. Balasan-balasan yang dialami rapatnya dengan apa jua renjutan emosi yang dialami oleh penghidap-penghidap yang bukan mangsa rogol. Renjutan emosi psikologi telah disebut sebagai salah satu daripada alasan-alasan mengapa rogol sentiasa tidak dilaporkan kepada pihak-pihak berkuasa.



LANGKAH MENGATASI KES ROGOL
  1. Wanita seharusnya keluar berteman. Peringatan ini sudah jelas disebut dalam hadis-hadis yang sahih. Jangan keluar melainkan dengan mahram. Ini bermaksud, ibu dan ayah hendaklah sentiasa memantau anak mereka keluar berteman sesama muhrim dan tidak membiarkan anak-anak terjebak dalam pergaulan bebas atau keluar secara sendirian. Walaupun kini zaman moden keselamatan diri haruslah diutamakan.
  2. Jangan keluar dating walaupun dengan teman lelaki atau tunang. Ini juga sudah disebut dalam hadis. Kalau keluar secara berdua-duaan, orang ketiga adalah syaitan. Rogol berpunca dari perjumpaan pasangan lelaki-perempuan (kekasih/kenalan) yang bermula dengan kerelaan sendiri untuk berbuat seks ataupun ditipu. Kalau tak keluar datang dari awal, sudah tentu perogolan tidak berlaku.
  3. Pisahkan tempat tidur anak lelaki dan perempuan apabila sudah mencapai umur mumaiyiz atau akhil baligh. Ini juga disebut dalam hadis. Sebab itu rumah yang terbaik dalam Islam paling kurang ada 3 bilik tidur. Sebab antara kes rogol yang berlaku juga melibatkan adik-beradik dan juga si bapa dan datuk yang meletakkan otak dan akal mereka di kepala lutut. Pemisahan tempat tidur ini juga sebagai langkah awal membasmi dan mencegah kes-kes sumbang mahram.
  4. Tidak memakai pakaian yang seksi, ketat lagi menggiurkan. Orang yang memakai pakaian begini adakalanya bernasib baik kerana tidak dirogol. Tetapi pemakaian mereka merangsang sesetengah orang untuk melakukan rogol.
  5. Menutup pintu-pintu maksiat. Segala benda yang mengundang berahi manusia maka janganlah dibenarkan. Video lucah. Dan pelbagai lagi bahan yang boleh mendorong maksiat.
  6. Melaksanakan kajian untuk mengenal pasti punca dan cara bagi mengatasi jenayah rogol
  7. Menganjurkan kempen atau program untuk menggalakkan wanita dan kanak-kanak mempelajari kemahiran mempertahankan diri.
  8. Mewujudkan dasar keluarga Negara
  9. Bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan untuk menubuhkan
  10. Rape Survivors Association bagi membantu mangsa rogol mengurangkan tekanan emosi yang dialami
  11. Mengkaji jumlah kaunselor terlatih dalam membantu mengendalikan mangsa rogol dan menganjurkan program khusus yang memfokuskan kepada pengukuhan institusi kekeluargaan seperti kursus dan ceramah mengenai kemahiran keibubapaan.

Bagaimana untuk mengelak daripada menjadi mangsa rogol?

Tempat Sunyi
Elak daripada berjalan seorang di tempat sunyi seperti tempat meletak kereta. Berjalan dengan pantas dan pastikan anda tidak diekori. Semasa menuju ketempat meletak kereta, keluarkan kunci kereta dan selitkan di antara jari supaya anda bersedia jika anda di serang, anda boleh menggunakan sebagai senjata. Memilih jalan yang selamat walaupun jauh.

Keluar temu-janji
Elak daripada berjumpa di tempat yang membahayakan diri anda. Lebih selamat jika berjumpa di tempat orang ramai. Jika anda menumpang kereta, pastikan melalui jalan yang banyak kenderaan lalu.

Alat keselamatan
Bawa alat tiup untuk mendapatkan perhatian orang ramai jika anda diserang. Minyak wangi juga boleh digunakan untuk menyelamatkan diri daripada penyerang dengan menyemburkan ke arah muka penyerang.

Seni mempertahankan diri
Belajar untuk mempertahankan diri. Ia amat berguna jika anda tahu untuk mempertahankan diri anda daripada serangan.

Hukuman
Sesiapa yang disabit kesalahan merogol akan dihukum menurut seksyen 376 Kanun Keseksaan dan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih dari 20 tahun. Selain itu, pesalah itu hendaklah juga dikenakan hukuman sebat.


Doa Mengelakkan Diri Dari Dirogol :
Terjemahan : “Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa aku beriman denganMu dan RasulMu, dan aku memelihara kehormatanku hanya untuk suamiku, maka janganlah biarkan aku menjadi mangsa orang kafir dan orang zalim”.


Doa Mengelakkan Anak Dari Dirogol :
Terjemahan : “Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa anak perempuanku beriman denganMu dan RasulMu, dan dia memelihara kehormatannya hanya untuk suaminya, maka janganlah biarkan dia menjadi mangsa orang kafir dan orang zalim”.


Kesimpulan

Jenayah rogol amat menakutkan. Ia menjadi musuh kepada kumpulan wanita khususnya kanak-kanak yang mudah menjadi sasaran penjenayah. Pendekatan atau mekanisme yang dirancang bagi menangani kes rogol ini perlu berbentuk holistik dan mengambil kira kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan. Selain itu, kerajaan khususnya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat perlu menjadi pemimpin kepada kajian mengenai faktor penyebab rogol di semua peringkat.

Institusi kekeluargaan mesti diperkukuhkan dengan nilai-nilai teras yang menjadikan hormat dan kawalan diri sebagai fokus ke arah pembentukan masyarakat penyayang.
Related Posts with Thumbnails